• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tambah RM1 dapat 200GB data di Unifi Postpaid

  • OLEH Najib
  • 11:20 am
  • 31/07/2024
  • Komen
Tambah RM1 dapat 200GB data di Unifi Postpaid
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi Mobile baru-baru ini telah melancarkan kempen khas untuk pengguna pelan pascabayar Uni5G Postpaid. Ia menawarkan data 5G tambahan 200GB, dengan bayaran RM1 sahaja.

Bagaimanapun, tawaran ini eksklusif untuk pelan Uni5G Postpaid 39 sahaja. Tidak terdapat untuk pelan lain yang lebih mahal. Selain itu, pengguna Unifi yang melanggan pelan Uni5G Postpaid 39 menerusi promosi jalur lebar tetap Unifi, tidak layak melanggan pas ini.



Kempen ini berjalan dari sekarang hingga 31 Oktober 2024. Data tambahan 200GB ini khas untuk kegunaan 5G sahaja, bukan untuk 4G. Jika melanggan pas ini, pengguna Uni5G Postpaid 39 akan mendapat sejumlah 230GB data, dalam pecahan 200GB untuk 5G serta 30GB untuk 4G+5G. Tetapi data tambahan 200GB ini tidak boleh digunakan untuk hotspot. Kuota hotspot masih kekal 30GB.

Untuk melanggan pas ini, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi Unifi Mobile, atau di portal Unifi Selfcare atau di mana-mana cawangan Unifi Store. Pas tambahan 200GB ini sah mengikut kitaran bil pengguna. Ia juga akan dilanggan semula secara automatik pada bil seterusnya.



Pas ini boleh dilanggan oleh mana-mana pengguna baru dan sedia ada. Jika anda bukan pengguna Unifi Mobile, boleh mendaftar pelan Uni5G Postpaid 39 tanpa sebarang kontrak.

Unifi Mobile kini memiliki tiga pelan pascabayar, semuanya datang dengan panggilan tempatan tanpa had. Postpaid 39 berharga RM39/bulan, menawarkan data 4G+5G 30GB sebulan. Pelan Postpaid 69 berharga RM69, menyediakan data 4G+5G 60GB sebulan tetapi kini ada promosi data 5G tanpa had untuk masa terhad. Bagi pelan Postpaid 99 berharga RM99/bulan, ia diberi data 4G+5G 100GB tetapi kini diberi naik taraf percuma ke data 4G+5G tanpa had.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Uni5G Postpaid atau semak FAQ di sini.

[Sumber: Unifi]

Bacaan Berkaitan

  • Tonton Sukan Olimpik Paris 2024 percuma di 17 saluran HD Unifi TV
  • Prabayar Uni5G Wow dilancar, kelajuan 5G tanpa sekatan dengan data tanpa had sepanjang hari
  • Pelan pascabayar Unifi Mobile baru ada 5G tanpa had dan telefon percuma
Tags: Uni5gUni5G Postpaid 39UnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Tambah RM1 dapat 200GB data di Unifi Postpaid

Tambah RM1 dapat 200GB data di Unifi Postpaid

31 July 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN