• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Malaysia menyebut Pixel 9 Pro akan datang Ogos ini

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 01/08/2024
  • Komen
Google Malaysia menyebut Pixel 9 Pro akan datang Ogos ini
Share on FacebookShare on Twitter

Di pentas antarabangsa, Google akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, siri Pixel 9 pada 14 Ogos 2024. Di laman web Google USA sekarang, ia telah menunjukkan dua model yang bakal diperkenal iaitu Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro Fold.

Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro Fold

Google Malaysia: Akan Datang

Sehingga kini, Malaysia tidak pernah ada kedai rasmi Google dan ini menyebabkan telefon pintar Google Pixel tidak dijual secara rasmi di pasaran tempatan. Tetapi perkembangan terbaru menunjukkan, banyak tanda-tanda bahawa siri Pixel 9 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi.



A phone built for the Gemini era.
It can do a lot — even let your old phone down easy.

Coming soon. pic.twitter.com/i5BtfirGWO

— Google Malaysia (@GoogleMsia) August 1, 2024

Di akaun rasmi Google Malaysia di X (twitter), mereka berkongsi video yang menyebut Pixel 9 Pro akan datang pada 14 Ogos 2024. Video yang sama dapat dilihat di akaun Youtube rasmi Google Malaysia di sini.

Perkara ini menambah keyakinan kami bahawa siri Pixel 9 akan dijual secara rasmi di Malaysia. Ini selepas Urban Republic, pengedar pelbagai peranti terkemuka di Malaysia menyenaraikan jenama Google di bawah kategori telefon mereka.



Tiga Pixel 9 lulus di SIRIM

Untuk mengesahkan lagi kedatangan Pixel 9, kami menyemak sistem pengesahan SIRIM dan mendapati, terdapat tiga model Pixel 9 telah diiktiraf boleh digunakan di Malaysia iaitu Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL.

Pengiktirafan Pixel 9 ini dipohon oleh Vstecs Astar Sdn Bhd. Syarikat ini telah menjadi pengedar untuk pelbagai produk IT di Malaysia, termasuk dilantik sebagai pengedar Starlink dan Amazon Web Services (AWS) di Malaysia.

Buat masa ini, laman web Store Google Malaysia masih tidak kelihatan. Tetapi dengan pelbagai pengesahan yang tersedia ini, dijangka Google akan mengumumkan nama Malaysia sebagai salah satu negara yang akan menjual Pixel 9 semasa pelancarannya pada 14 Ogos 2024, pukul 1 pagi waktu Malaysia.

Namun, jangan jangkakan harga yang murah untuk telefon ini. Google Pixel 8 Pro di Singapura ditawarkan pada harga bermula SGD1,549 (~RM5,380). Ia separas harga permulaan iPhone 15 Pro (RM5,499) tetapi lebih mahal berbanding Samsung Galaxy S24+ pada harga bermula RM4,599.

[Sumber: Google Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Siri Pixel 9 muncul di SIRIM, tanda pelancaran Malaysia tak lama lagi?
  • Google Pixel bakal masuki Malaysia melalui Urban Republic?
  • Built-in Chromecast dijenamakan semula jadi Google Cast, fungsi kekal sama
Tags: Googlegoogle pixel 9Google Pixel 9 Propixel 9Pixel 9 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Google Malaysia menyebut Pixel 9 Pro akan datang Ogos ini

Google Malaysia menyebut Pixel 9 Pro akan datang Ogos ini

1 August 2024
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN