• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Family Link boleh rencatkan telefon sewaktu sesi sekolah, ini kegunaannya buat ibu bapa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:52 am
  • 02/08/2024
  • Komen
Google Family Link boleh rencatkan telefon sewaktu sesi sekolah, ini kegunaannya buat ibu bapa
Share on FacebookShare on Twitter

Google Family Link adalah satu perisian Android yang bolehkan ibu bapa mengawal telefon anak-anak dengan rapat supaya tidak disalah guna. Google memaklumkan bahawa aplikasi ini akan ditambah baik menerusi satu hantaran di laman rasmi mereka.

Family Link School Time pertingkat fokus sewaktu sesi persekolahan

Ciri baharu Family Link adalah ibu bapa boleh tetapkan tempoh sesi persekolahan “School Time” dan apabila telefon berada dalam tempoh tersebut, fungsi dan paparan telefon akan jadi sangat minimal. Ia mengelakkan anak-anak diganggu oleh telefon dan seterusnya membantu mereka fokus sewaktu belajar.



Selain telefon pintar, jam tangan berasaskan Android Wear juga ada fungsi School Time dan peranti pertama yang menyokongnya ialah Fitbit Ace LTE. Pada masa akan datang, Google akan menyebarluaskan ciri ini kepada lebih banyak telefon Android, tablet Android, dan jam tangan pintar Samsung Galaxy.

3 fungsi tambahan lain di Family Link

Selari dengan peningkatan umur, ibu bapa mungkin ingin kawalan yang sedikit berbeza antara anak kecil dengan yang remaja. Jadi di Family Link, ibu bapa boleh tetapkan tahap kawalan yang mereka ada terhadap telefon anak-anak di bawah mereka.



Contohnya, walaupun mereka tidak menghalang YouTube, ibu bapa tetap boleh memantau senarai sejarah tontonan. Kemudian, ibu bapa boleh memilih sendiri aplikasi apa yang dikawal dan aplikasi apa yang tidak dan akhir sekali, Family Link memperkenalkan ciri default untuk pengguna bawah 18 tahun seperti tetapan SafeSearch, sekatan kandungan daripada dimainkan secara automatik di YouTube, dan menghalang iklan yang menayangkan bentuk badan kepada golongan ini.

Sumber: Google

Tags: Family LinkGoogleGoogle Family Link
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Family Link boleh rencatkan telefon sewaktu sesi sekolah, ini kegunaannya buat ibu bapa

Google Family Link boleh rencatkan telefon sewaktu sesi sekolah, ini kegunaannya buat ibu bapa

2 August 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER