• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wechat Pay Malaysia menamatkan perkhidmatan eWallet, ini cara pindah baki

  • OLEH Najib
  • 1:21 pm
  • 02/08/2024
  • Komen
Wechat Pay Malaysia menamatkan perkhidmatan eWallet, ini cara pindah baki
Share on FacebookShare on Twitter

WeChat Pay merupakan salah satu dompet elektronik (eWallet) yang popular di China. Ia telah dilancar di Malaysia pada tahun 2018. Tetapi kini, WeChat Pay Malaysia (MY) mengumumkan akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.

Dalam kenyataan mereka, WeChat Pay MY mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan kerana perubahan strategi perniagaan. Perkhidmatan pembayaran WeChat Pay MY di Malaysia akan dihentikan pada 1 September 2024. Manakala pendaftaran pengguna baru telah ditutup mulai 1 Ogos.



Bagi pengguna sedia ada, mereka dinasihatkan untuk memindahkan baki yang terdapat dalam eWallet secepat mungkin. Pemindahan baki ini boleh dibuat menerusi aplikasi atau portal eWallet, sehingga 31 Disember 2024. Bagaimanapun, pemindahan baki masih boleh dimohon selepas 1 Januari menerusi permohonan khas.

Jika ada sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi WeChat Pay MY di talian 0327279797. Selain itu, penamatan WeChat Pay MY tidak melibatkan perkhidmatan permesejan dan fungsi lain, termasuk Weixin Pay. Weixin Pay masih boleh digunakan oleh rakyat Malaysia apabila melancong ke China.



Berikut adalah kenyataan tambahan daripada WeChat Pay My:

WeChat Pay Malaysia ialah e-dompet tempatan dalam matawang Ringgit Malaysia (MYR). Dengan pelarasan strategi perniagaan, kami akan menumpukan pada pembayaran rentas sempadan dalam matawang Renminbi (RMB) di Malaysia dan terus membantu perniagaan Malaysia untuk memanfaatkan pasaran yang berkembang pesat dan dinamik ini dengan membolehkan mereka menerima pembayaran yang selamat, terjamin dan mudah daripada pengunjung China melalui Weixin Pay (atau dikenali sebagai WeChat Pay). Kami juga merancang untuk bekerjasama dengan e-dompet tempatan Malaysia bagi membolehkan kesinambungan pembayaran QR merentas sempadan untuk pelancong Malaysia ke China. Kami bekerjasama rapat dengan semua pemegang taruh untuk memastikan peralihan yang lancar dan teratur.”

Cara memindahkan baki

Sebelum baki eWallet WeChat Pay MY boleh dipindahkan, pengguna perlu membuat pengesahan identiti dahulu. Ia boleh dibuat di dalam aplikasi di bahagian Me -> Pay and Services dan tekan pada tiga titik di sudut atas. Seterusnya ke Payment Management -> Identity Verification.

Selepas pengesahan selesai, pemindahan baki boleh dibuat. Untuk memindahkan baki, pergi ke Me -> Pay and Services -> Balance -> Withdraw. Masukkan nombor akaun bank dan maklumat yang berkaitan. Pengesahan nombor telefon diperlukan di peringkat ini.

Apabila nombor telefon telah disahkan, permohonan pemindahan baki boleh diteruskan. Menurut WeChat Pay MY, biasanya ia mengambil masa 3 hari untuk diselesaikan.

[Sumber: WeChat]

Tags: WechatWechat Pay
Najib

Najib

POPULAR

Wechat Pay Malaysia menamatkan perkhidmatan eWallet, ini cara pindah baki

Wechat Pay Malaysia menamatkan perkhidmatan eWallet, ini cara pindah baki

2 August 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN