• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Day 2024: Promosi tanpa had untuk pelbagai produk Acer, bermula serendah RM1.99!

  • OLEH Penaja
  • 7:38 pm
  • 08/08/2024
  • Komen
Acer Day 2024: Promosi tanpa had untuk pelbagai produk Acer, bermula serendah RM1.99!
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh Acer

Bayangkan, anda boleh dapat laptop, monitor, aksesori komputer, dan pelbagai gajet pada harga sangat murah. Pasti seronok bukan? Tetapi, sekarang anda tak perlu bayangkan pun sebab Acer mengadakan Acer Day 2024 bertemakan AI’m Limitles, menawarkan pelbagai peranti dan produk Acer pada harga runtuh, serta hadiah sehingga RM650,000 menanti dan boleh ditebus pelanggan!

Untuk Acer Day tahun 2024 ini, ia diadakan selama 6 minggu, bermula 1 Ogos hingga 8 September di seluruh Malaysia. Ini termasuk di 21 kedai konsep Acer dan penjual barangan Acer di seluruh Malaysia. Tidak kira di mana anda berada, pasti anda dapat untuk sertai aktiviti yang menyeronokkan dan mendapatkan tawaran menarik di acara Acer Day ini!

Pada Acer Day Carnival Roadshow, anda boleh sertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan Acer pada 21 lokasi kedai Acer, dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah sangat menakjubkan. Penyertaan boleh dilakukan dengan mudah, dan berikut adalah cara-caranya:

  1. AI’m Limitless: Ambil gambar dan muat naik gambar di Facebook/Instagram/TikTok dengan hashtag #AcerDay2024 #AImlimitless #AImlimitlessMission @my_acer
  2.  AI’m Learning: Biasakan diri anda dengan Copilot di laptop AI Acer
  3. AI’m Dominant: Lengkapkan semua siri cabaran atau menang dalam satu perlawanan
  4. AI’m Pure: Kenal pasti kenyataan sebenar kipas Acerpure Cozy F2 Air Circulator Fan dalam masa yang ditetapkan

Ganjaran lumayan menanti

Seperti yang dikatakan tadi, ganjaran RM650,000 bakal menanti pelanggan, dengan ganjaran boleh ditebus berdasarkan perbelanjaan anda:

  • Peringkat pertama: Berbelanja RM999 – RM1,999 dan terima kredit TnG eWallet RM60.
  • Peringkat ke-2: Berbelanja RM2,000 – RM3,998 dan terima kredit kredit TnG eWallet RM150.
  • Peringkat ke-3: Berbelanja RM3,999 – RM5,999 dan terima kredit TnG eWallet RM200.
  • Peringkat ke-4: Berbelanja RM6,000 dan ke atas membolehkan anda tebus kredit TnG eWallet RM300.

Anda boleh menebusnya dengan mengimbas kod QR yang tertera di atas atau boleh pergi ke laman web www.a-redemption.com, kemudian mengisi semua maklumat yang diperlukan.

Lokasi Acer Day Carnival

Kemeriahan acara Acer Day ini tidak terhenti di situ, kerana Acer menawarkan jualan kilat dengan harga tak masuk akal untuk pelbagai produk Acer, bermula serendah RM1.99 sahaja! Jualan kilat ini berjalan pada setiap Sabtu bermula 3 Ogos sehingga 8 September, mulai jam 2 petang sehingga 6 petang, manakala sesi beraturnya bermula lebih awal pada jam 12 petang.

Lokasi pertama Acer Day diadakan bermula di Plaza Low Yat untuk minggu pertamanya. Bagi minggu seterusnya, dari minggu kedua hingga minggu keenam, ia akan berlangsung di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia termasuk Alor Setar, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru, serta di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu dan Kuching.

Jualan kilat ini akan memperlihatkan diskaun sehingga RM700 untuk aksesori-aksesori komputer Acer. Menariknya, tetikus berwayar Acer boleh didapatkan pada harga RM1.99 berbanding harga asal RM29. Bukan itu sahaja, siri laptop dan monitor diberikan diskaun sehingga RM1,400 untuk produk seperti Nitro V15, Acer Aspire Vero dan monitor Nitro KG271M3.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan pelbagai produk gaya hidup pada harga sehingga RM840 lebih murah berbanding harga asal. Beg bagasi Acer Melbourne 24-inci ditawarkan hanya pada RM359 berbanding RM1,199, manakala kerusi gaming ergonomik Nitro Gaming Chair pula diberikan potongan sebanyak RM700, menjadikan harganya turun kepada hanya RM99 sahaja.

Diskaun lebih banyak sehingga RM3,600 turut disediakan untuk produk kelengkapan rumah dalam barisan Acerpure. Antaranya adalah pembersih Acerpure Pro P3, Acerpure P2 Classic, dan penulen air Acerpure Aqua WP1, boleh didapatkan dengan hanya bermula RM399.

Acer Day Plaza Low Yat berakhir, tapi masih banyak lokasi menanti!

Acara Acer Day yang berlangsung di Plaza Low Yat bermula dari 1 Ogos telah pun melabuhkan tirainya pada 4 Ogos 2024. Sepanjang acara berlangsung, ramai pengunjung yang hadir untuk dapatkan tawaran istimewa serta berpeluang untuk menyertai aktiviti yang diadakan di sana.

Namun, sekiranya anda terlepas untuk sertainya, anda juga masih ada peluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi Acer Day Carnival di seluruh Malaysia untuk minggu ke-2 hingga minggu ke-6 acara ini, mulai 9 Ogos sehingga 8 September 2024. Cari lokasi terdekat dan simpan tarikh tersebut!

Tawaran eksklusif dalam talian

Malas nak keluar rumah? Usah risau kerana promosi jualan kilat Acer turut tersedia secara dalam talian melalui Acer eStore. Bermula 1 Ogos sehingga 30 September, produk Acer ditawarkan dengan diskaun sehingga RM500, manakala diskaun sehingga RM2,000 ditawarkan dalam tempoh lebih terhad mulai 5 Ogos sehingga 15 September.

Apa tunggu lagi? Dapatkan promosi Acer Day 2024 sekarang di https://store.acer.com/en-my/.

#MyAcer #AcerDay2024 #AImlimitless #AImlimitlessMission

Tags: AcerAcer DayAcer Day 2024Acer Malaysiadiskaunpenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Acer Day 2024: Promosi tanpa had untuk pelbagai produk Acer, bermula serendah RM1.99!

Acer Day 2024: Promosi tanpa had untuk pelbagai produk Acer, bermula serendah RM1.99!

8 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER