[Artikel ini dibawakan oleh Adobe]
Semakin hari, kita dapat lihat penggunaan AI semakin popular di kalangan pengguna. Tidak dinafikan AI dapat membantu pengguna dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam tugas pengeditan imej dengan pengenalan AI generatif. Melaluinya, AI boleh menyediakan pelbagai peralatan-peralatan untuk memperbaik dan meningkatkan kualiti gambar dengan satu klik, sekali gus merevolusikan landskap pengeditan imej.
Mungkin anda tertanya, sebagai penggemar fotografi mudah alih atau pengguna biasa sekalipun, opsyen apa yang anda ada untuk mengakses fungsi AI generatif ini? Untuk itu, kami ada jawapan terbaik. Adobe, salah satu pembangun perisian kreatif ada memperkenalkan kemampuan Generative AI pada produk mereka yang dipanggil sebagai FireFly. Sebelum pergi lebih lanjut, anda boleh pelajari tentang Generative AI Adobe dengan melawati laman web Adobe.
Kini, ciri AI generatif pada teknologi Firefly telah pun tiba di Adobe Lightroom. Dengannya, sesiapa sahaja akan dapat memanfaatkan kuasa AI untuk lakukan penyuntingan imej yang tiada tandingan, serta mempertingkatkan kualiti pada imej dengan cepat dan mudah. Gambar biasa, buruk dan membosankan? Semuanya boleh diubah dengan Lightroom yang kini dikuasakan AI.
Ciri AI generatif terbaru yang akan dibawa pada Lightroom adalah Generative Remove. Dengan dikuasakan teknologi canggih Firefly Adobe, ciri Generative Remove membolehkan anda padam subjek yang mengganggu dalam gambar dengan hanya satu klik. Tiada lagi gambar petunafoto yang akan merosakkan momen penting anda sewaktu bercuti bersama keluarga.
Teknologi canggih generatif AI ini akan mengreplika dan memadankan semula ruang yang kosong di latar belakang dengan amat realistik tanpa meninggalkan sebarang kesan, malah termasuk untuk imej kompleks macam baju bercorak dan alunan air. Risau pengasingan subjek tidak berapa kemas? Tak perlu risau kerana kecanggihan Firefly akan bereskan pemilihan subjek dengan tepat.
Kehebatan AI generatif di Lightroom tidak terhenti di situ sahaja. Fungsi Lens Blur yang diperkenal melangkaui keterhadan perkakasan dalam menghasilkan imej portrait dengan bokeh yang sempurna. Dengannya juga, anda tidak lagi perlukan lensa portrait, sistem kamera telefon pintar flagship atau tetapan khusus untuk mencapai kesan kabur terbaik seakan kamera profesional.
Anda boleh tambah kesan kabur di mana sahaja yang diinginkan dengan Lens Blur dengan tujuh preset tersedia untuk menonjolkan subjek dan kaburkan objek lain di bingkai. Sama ada gambar portrait, pemandangan di bandar mahupun jalanan, semuanya boleh diolah semula dengan kesan kabur yang menarik.
Mahukan sesuatu yang lebih unik? Anda boleh cipta sahaja kesan kabur yang anda inginkan, kemudian kesan tersebut boleh anda gunakan pada bila-bila masa pada masa akan datang.
Integrasi ciri AI generatif ke Lightroom pastinya dapat dimanfaat oleh ramai pengguna dalam memenuhi idea kreatif anda. Apatah lagi ia boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana terdapat di telefon pintar, komputer dan laman web dengan projek anda sentiasa diselarikan antara tiga platform tersebut.
Berminat untuk cuba? Anda boleh dapatkan percubaan percuma Lightroom selama tujuh hari dan seterusnya boleh dilanggan pada harga RM28.78/bulan.
Untuk tahu lebih lanjut tentang AI generatif, anda boleh layari laman Adobe web di sini.
Adobe Lightroom