• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Buds 6 Active, fon putik paling murah Xiaomi hanya RM69

  • OLEH Najib
  • 11:20 am
  • 15/08/2024
  • Komen
Redmi Buds 6 Active, fon putik paling murah Xiaomi hanya RM69
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini memperkenal fon putik paling murah terbaru mereka, Redmi Buds 6 Active. Harganya sangat murah kerana ia tidak fungsi penyaring hingar aktif (ANC), tetapi mencukupi untuk digunakan sebagai fon putik wayarles dengan hayat bateri sangat panjang.

Harga dan Promosi Redmi Buds 6 Active

Fon putik Redmi Buds 6 Active boleh dibeli di Malaysia mulai hari ini, 15 Ogos 2024. Harganya tidak sampai RM100, iaitu:



Redmi Buds 6 Active – RM99

Sebagai promosi pengenalan, orang ramai boleh membeli fon putik ini pada harga sangat murah. Dari 15 Ogos sehingga 15 September, dapatkan diskaun RM30 membeli Redmi Buds 6 Active, pada harga RM69 sahaja. Harga promosi ini boleh didapati di Stor Online Xiaomi Malaysia, serta di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Redmi Buds 6 Active

Walaupun bekasnya kelihatan kecil, Redmi Buds 6 Active memiliki pemacu audio yang besar, 14.2mm dan ditala oleh Makmal Akustik Xiaomi. Ia dilengkapi dengan dua mikrofon, turut membantu menyaring bunyi hingar ketika membuat panggilan.

Lebih menakjubkan, fon putik ini memiliki hayat penggunaan sehingga 6 jam dengan sekali cas. Atau sehingga 30 jam jika digunakan bersama bekas pengecas. Mengecas juga pantas. Dengan mengecas 10 minit, ia boleh digunakan bermain lagu selama 1 jam.

Pengguna juga memiliki lebih banyak kawalan bunyi. Terdapat 5 tetapan EQ terbina di aplikasi Xiaomi Earbuds untuk memenuhi keperluan pengguna. Bunyi Bass juga boleh dipertingkat menerusi mod “Enhanced Bass”. Terdapat juga mod “Boos Volume” untuk meningkatkan tahap bunyi jika perlu.

Putik Redmi Buds 6 Active memiliki tangkai tanpa tip getah, dan direka untuk dimuatkan di dalam separa telinga. Kawalan di putik boleh dibuat secara sentuhan. Kini ia datang dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan merah jambu.

Teknologi Bluetooth 5.4 digunakan pada fon putik ini, memberikan kependaman serendah 90ms. Ia boleh disambung pantas ke peranti Android menerusi Google Fast Pair. Pengguna aktiviti kecergasan sesuai menggunakan fon putik ini kerana ia kalis percikan air dan peluh IPX4.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi Buds 6 Active.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi Buds 5: Rekaan baharu dengan hayat bateri sehingga 40 jam dan ANC 46dB
  • Redmi Buds 5 Pro: Dwi pemacu lebih besar, audio hi-res dan hayat bateri sehingga 52 jam
  • Redmi Buds 4 Active, fon putik baru dengan harga sangat murah dan hayat bateri 28 jam
Tags: RedmiRedmi Buds 6 Activexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Redmi Buds 6 Active, fon putik paling murah Xiaomi hanya RM69

Redmi Buds 6 Active, fon putik paling murah Xiaomi hanya RM69

15 August 2024
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER