• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Google Maps untuk Wear OS ada ciri baharu lebih baik daripada Apple Map WatchOS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:50 pm
  • 17/08/2024
  • Komen
Google Maps untuk Wear OS ada ciri baharu lebih baik daripada Apple Map WatchOS
Share on FacebookShare on Twitter

Google didapati telah mengemas kini Google Maps for Wear OS sejurus mereka mengumumkan Pixel Watch 3. Ciri “Offline maps” kini boleh digunakan untuk memaparkan peta di jam tangan walaupun jam tidak mempunyai sambungan Internet pada ketika itu. Ciri ini ada untuk Google Maps for Wear OS versi 11.140.0701.W.

Apabila aplikasi telah dikemas kini dan dilancarkan, pengguna akan dihidangkan dengan mesej “Offline maps on the phone are auto-downloaded to the watch.” Hal ini bermaknya, sekiranya anda sudahpun menetapkan parameter peta offline di telefon, ia juga akan disalin masuk ke dalam jam tangan. Ruang storan yang bakal digunakan juga akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum meneruskan.



Ciri navigasi berpandu sudahpun diperkenalkan seawal Januari 2023 namun ia memerlukan jam tangan untuk sentiasa bersambung kepada telefon.

Maps for Wear OS untuk Google Pixel Watch 3

Google Pixel Watch 3 yang baru saja dilancarkan bersama-sama siri Google Pixel 9 semestinya akan terima manfaat daripada ciri peta luar talian ini. Atas jam tangan Pixel Watch 3 terkandung storan eMMC seluas 32GB. Selain ciri itu, terdapat banyak lagi ciri sedia ada yang boleh digunakan.



Pixel Watch 3 dan juga jam tangan pintar Android berasaskan Wear OS 3 boleh berikan anda navigasi berarah. Anda sama ada boleh mulakan perjalanan di telefon ataupun terus di jam tangan dan arahan simpang demi simpang akan dipaparkan di skrin telefon.

Anda juga boleh lakukan nabigasi pantas ke rumah, tempat kerja, ataupun lokasi yang pernah dilawati terus di jam tangan. Selain menggunakan papan kekunci yang kecil, arahan suara juga boleh dilakukan sekiranya kawasan skrin tidak cukup besar untuk menaip.

Sewaktu melihat peta di jam tangan, anda boleh zum masuk, zum keluar, leretkan peta ke lokasi lain dengan sentuhan jari.

Ciri Offline Maps di Apple Watch

Apple Watch sudahpun mempunyai ciri yang hampir sama pada watchOS 10 mereka. Menurut laman Apple Watch User Guide, pengguna boleh memuat turun peta ke dalam iPhone dan lihatnya di dalam Apple Watch apabila tidak mempunyai capaian Internet Wi-Fi ataupun selular.

Dengan peta yang telah dimuat turun pengguna boleh melihat waktu operasi sesuatu tempat dan dapatkan navigasi berpandu untuk kereta, berjalan, berbasikal, ataupun sewaktu gunakan pengangkutan awam.

Walau bagaimanapun, ia cuma boleh digunakan sekiranya iPhone terpasang dan berada dalam jarak capaian Bluetooth (sekitar 10 meter).

Sumber: 9to5Google

Tags: androidgoogle mapswearos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Maps untuk Wear OS ada ciri baharu lebih baik daripada Apple Map WatchOS

Google Maps untuk Wear OS ada ciri baharu lebih baik daripada Apple Map WatchOS

17 August 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN