• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

TIPS: Alternatif Google Rewards, jana pendapatan sampingan di telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 6:22 pm
  • 20/08/2024
  • Komen
TIPS: Alternatif Google Rewards, jana pendapatan sampingan di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Anda nak jana pendapatan menggunakan telefon pintar? Sebenarnya ada beberapa cara yang sangat mudah, tetapi jangan pula sangka ia membawa pulangan yang sangat lumayan sehingga boleh menggantikan pekerjaan sebenar di luar sana.

Antara beberapa tugasan mudah di telefon pintar yang boleh memberi anda sedikit duit kopi atau membeli kredit prabayar yang boleh anda buat, adalah seperti menjawab soalan kajian, membuat ulasan produk, menonton iklan dan menyaksikan siaran langsung penjual.



Salah satu platform paling popular yang memberi ganjaran kepada pengguna telefon adalah Google Opinion Rewards. Ia meminta pengguna untuk menjawab soalan kajian, biasanya berkaitan lokasi, kedai dan perkhidmatan. Soalannya tidak panjang dan memberikan pengguna kredit dari serendah RM0.20 sehingga lebih RM1, bergantung kepada jawapan pengguna.

Jumlah terkumpul jawab soalan Google Rewards, boleh guna bayar langganan Google One dan YouTube Premium

Kredit yang diterima ini akan dimasukkan ke dalam Google Wallet pengguna dan ia boleh digunakan untuk membuat bayaran di beberapa platform, termasuk Google Playstore, seperti langganan Netflix, Spotify, Viu atau membeli produk digital permainan, atau melanggan filem di Google TV.



Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa platform lain yang turut memberikan anda sedikit wang seperti Google Opinion Rewards yang boleh dipercayai? Di sini kami nak senaraikan.

1. YouGov

YouGov merupakan laman menjawab soalan kajian yang serupa dengan Google Opinion Rewards. Ia menawarkan soalan kajian yang tidak terlalu rumit dan panjang untuk dijawab, dengan mata sekitar 50 ke 100 untuk setiap set soalan.

Apabila mata terkumpul mencapai sesuatu tahap, pengguna boleh menukarnya kepada wang tunai terus ke akaun bank, atau kepada baucar lain seperti Baskin Robbins, GrabFood dan Steam. Kadar tukarannya kelihatan menarik iaitu:

  • 4,000 mata = RM50
  • 4,500 mata = RM60
  • 5,000 mata = RM70
  • 7,250 mata = RM100

Jika berminat, anda boleh mendaftar akaun YouGov di sini. Ia turut terdapat dalam aplikasi mudah alih, boleh muat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore.

2. Rakuten

Rakuten sendiri adalah satu syarikat pemasaran dan e-dagang gergasi di Jepun, dan mereka menubuhkan Rakuten Insight sebagai platform tinjauan dan kajian pasaran. Rakuten Insight memberi ganjaran kepada pengguna yang membantu mereka melengkapkan soalan kajian dan memberi pandangan ringkas.

Di Malaysia, Rakuten Insight tidak menawarkan tebusan mata terus ke wang tunai, tetapi ia boleh ditukar kepada baucar dan eWallet yang menarik iaitu GrabGifts, KFC, McDonald, AEON dan Touch n Go. Setiap 1 mata bersamaan RM0.01.

Jika berminat, anda boleh mendaftar akaun Rakuten Insight di sini. Ia turut terdapat dalam aplikasi mudah alih, tetapi hanya di Google PlayStore.

3. Shopee

Shopee menawarkan pulangan dalam bentuk yang berbeza. Bukan menjawab soalan tinjauan tetapi dengan menonton video dan bermain permainan di platform mereka. Setiap kali berjaya mencapai tahap tertentu, pengguna akan menerima Shopee Coins.

Shopee Coins ini boleh digunakan sebagai sebahagian pembayaran di dalam platform Shopee. Selain membeli barangan yang terdapat di sini, ia juga boleh digunakan untuk membayar bil, membeli kredit prabayar atau game, serta membeli makanan ShopeeFood.

Cara mengumpul Shopee Coins lebih mudah dan lumayan, tetapi ia memerlukan masa penggunaan peranti. Antaranya menonton Shopee Live 5 minit (sehingga 30 Live sehari), menonton video, bermain menyiram pokok, Shopee Shake dan banyak lagi. Jika diamalkan setiap hari, pengguna boleh mengumpul dengan mudah 5,000 Shopee Coins atau bersamaan nilai RM50 yang boleh dibelanjakan di Shopee.

Jika berminat, anda boleh mendaftar akaun Shopee di sini. Ia turut terdapat dalam aplikasi mudah alih, boleh muat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore.

Kalau anda ada masa terluang yang boleh diisi dengan bermain telefon, lebih baik gunakannya untuk menjana pendapatan kecil seperti ini kan. Jika rajin jawab soalan dan beri pandangan, jangan terlepas mendaftar platform Google Opinion Rewards, YouGov dan Rakuten Insight. Kalau ada peranti kedua, boleh buka Shopee untuk tonton Live dan Video sambil terima Coins. Tak adalah dikatakan membuang masa.

Ada cadangan cara lain untuk mendapat wang dengan telefon pintar? Boleh kongsikan dengan kami dalam ruangan komen.

Selamat mencuba.

Bacaan Berkaitan

  • TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi
  • [TIPS] Cara untuk sembunyi chat WhatsApp Web dari pandangan orang ramai
  • [TIPS] Cara Airdrop gambar dari telefon Android ke komputer Windows
  • TIPS: Untuk keselamatan anda, jangan jawab soalan sebegini di media sosial
Tags: GoogleGoogle Opinion RewardsRakuten InsightShopeetipsYouGov
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: Alternatif Google Rewards, jana pendapatan sampingan di telefon pintar

TIPS: Alternatif Google Rewards, jana pendapatan sampingan di telefon pintar

20 August 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER