• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ambulans Motosikal Elektrik pertama Malaysia dilancar, percuma dalam jarak 10km

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 21/08/2024
  • Komen
Ambulans Motosikal Elektrik pertama Malaysia dilancar, percuma dalam jarak 10km
Share on FacebookShare on Twitter

Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) dengan kerjasama First Ambulance, hari ini melancarkan ambulans motosikal elektrik pertama Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Perkhidmatan Tindak Balas Awal, mengukuhkan komitmen PCMC untuk menyampaikan bantuan perubatan dan penyelamat dengan lebih cepat.

Menggunakan motosikal elektrik, ia boleh meningkatkan masa tindakbalas untuk memberi rawatan segera di kawasan lalu lintas yang sesak dan sering terjadi di tengah bandar Kuala Lumpur.



Ambulans motosikal elektrik ini dilengkapi bekalan perubatan asas, membolehkan paramedik menstabilkan pesakit dan memberikan rawatan penting dengan cepat untuk mengelakkan situasi yang mengancam nyawa. Rawatan dan perubatan lanjut akan diberikan oleh ambulans biasa sambil membawa pesakit ke hospital.

Sebagai satu lagi komitmen PCMC untuk kesejahteraan masyarakat, perkhidmatan ambulans motosikal elektrik ini disediakan Percuma dalam jarak 10km radius dari lokasi PCMC di Kuala Lumpur.



Dr Shuba Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif PCMC berkata, inisiatif ini meletakkan PCMC di bahagian hadapan respon perubatan kecemasan, sekaligus mengukuhkan komitmen mereka sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kehidupan komuniti.

Steven Penafort, Pengarah Urusan First Ambulance berkata, mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan PCMC dalam melancarkan ambulans motosikal elektrik sebagai sebahagian pasukan respon kecemasan. Ia membantu paramedik First Ambulance sampai kepada pesakit lebih cepat dan memberikan bantuan yang perlu secara lebih berkesan.

Bacaan Berkaitan

  • Cukai jalan motorsikal elektrik dikekalkan, hanya RM2 untuk enjin berkuasa kecil
  • MARiiCas: Ini cara permohonan rebat RM2,400 untuk beli motosikal elektrik
  • Cara mohon rebat RM2,400 beli motosikal elektrik, akan diumum pada 8 Disember
Tags: AmbulansAmbulans Motosikal ElektrikFirst AmbulanceMotosikal ElektrikPrince Court
Najib

Najib

POPULAR

Ambulans Motosikal Elektrik pertama Malaysia dilancar, percuma dalam jarak 10km

Ambulans Motosikal Elektrik pertama Malaysia dilancar, percuma dalam jarak 10km

21 August 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN