• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cukai jalan motorsikal elektrik dikekalkan, hanya RM2 untuk enjin berkuasa kecil

  • OLEH Najib
  • 7:04 pm
  • 04/06/2024
  • Komen
Cukai jalan motorsikal elektrik dikekalkan, hanya RM2 untuk enjin berkuasa kecil
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan kadar baharu untuk cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan elektrik (EV). Kiraan baharu ini untuk EV ini lebih murah, sehingga 85% lebih rendah dari kiraan sebelum ini. Ia akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026, selepas tamat tempoh pengecualian cukai jalan yang diberikan untuk EV.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana pula untuk motosikal elektrik. Menurut MOT, cukai jalan bagi motosikal elektrik tidak berubah. Paling penting, motosikal berkuasa rendah hanya dikenakan cukai jalan RM2 sahaja. Sama seperti motosikal dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).



Motosikal elektrik, Blueshark R1 dan RydeEV Ryder

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mengkelaskan motosikal elektrik dengan kuasa motor elektrik di bawah 7500 W atau 7.5kW sebagai motosikal berkuasa rendah. Pemilik motosikal sebegini hanya membayar cukai jalan sebanyak RM2 sahaja.

Untuk kuasa motor lebih tinggi, ia dikategorikan mengikut beberapa tahap. Bagi 7.5kW hingga 10kW, kadarnya adalah RM9. Dari 10kW hingga 12.5kW, berharga RM12. Untuk kuasa motor 12.5kW sampai 25kW, ia melonjak kepada RM30. Selepas itu, antara 25kW dan 40kW, ia dikenakan kadar RM40. Kategori terakhir, melebihi 40kW perlu membayar RM42.



  • 7,501W hingga 10,000W – RM9
  • 10,0001W hingga 12,500W – RM12
  • 12,501W hingga 25,000W – RM30
  • 25,0001W hingga 40,000W – RM40
  • Melebihi 40,000W – RM42

Sebagai contoh, motosikal Blueshark R1 dengan motor elektrik 5,000W, hanya perlu bayar cukai jalan RM2. BMW CE 04 yang dilancar pada tahun 2023 dengan kuasa motor 31kW, cukai jalannya RM40. Bagi BMW CE 02 yang baru dilancar bulan lepas, ia ada kuasa motor 11kW, jadi cukai jalan adalah RM12.

  • Blueshark R1 (5kW) – RM2
  • BMW CE 02 (11kW) – RM12
  • BMW CE 04 (31kW) – RM40
  • RydeEV Ryder (2kW) – RM2
  • RydeEV Hyper (4kW) – RM2
BMW CE 04 dan BMW CE 02

Dalam pengumuman pagi tadi, cukai jalan untuk kenderaan elektrik akan disemak sekurang-kurangnya setiap lima tahun. Bagi motosikal elektrik, ia tidak disentuh hari ini. Tetapi dijangka, ia mungkin akan disemak dalam jangka waktu yang serupa.

Bacaan Berkaitan

  • Cukai jalan EV baru diumum lebih rendah, berdasarkan kuasa motor elektrik
  • Belanjawan 2024: Rebat sehingga RM2,400 untuk beli motorsikal elektrik
  • MARiiCas: Ini cara permohonan rebat RM2,400 untuk beli motosikal elektrik
Tags: cukai jalanEV MalaysiaJPJLesen Kenderaan MotorMOTMotosikal Elektrik
Najib

Najib

POPULAR

Cukai jalan motorsikal elektrik dikekalkan, hanya RM2 untuk enjin berkuasa kecil

Cukai jalan motorsikal elektrik dikekalkan, hanya RM2 untuk enjin berkuasa kecil

4 June 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN