• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perlukan Internet 10Gbps untuk perniagaan anda? U Mobile ada

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:39 am
  • 22/08/2024
  • Komen
Perlukan Internet 10Gbps untuk perniagaan anda? U Mobile ada
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile telah memperbaharui penawaran U Biz Fibre iaitu produk Internet untuk pelanggan perniagaan. Mereka kini tawarkan sambungan sehingga 10Gbps, antara terpantas dalam industri setakat ini, hasil kerjasama mereka dengan Time. Selain U Mobile, ViewQwest juga menawarkan pelan 10Gbps yang mereka umumkan dalam bulan Julai 2024 tempoh hari.

Pelan ini ditujukan kepada perniagaan yang memerlukan capaian Internet berkelajuan tinggi dan utuh seperti hal-hal berkaitan AI ataupun pentstriman.



Harga U Mobile U Biz Fibre 10Gbps

U Biz Fibre 10Gbps boleh dilanggan pada harga RM1,899 sebulan. Ia didatangkan dengan kelengkapan router Wi-Fi7 beserta satu akses kepada IP malar (fixed IP) secara percuma yang bernilai RM200/bulan. Sekiranya perlukan lebih daripada satu IP malar, 5 IP boleh dilanggan pada harga promosi RM300/bulan daripada harga asal RM500/bulan.

Selain itu, U Mobile juga berikan pelanggan servis secure DNS secara percuma. Ia memberikan lebih tahap keselamatan menentang risiko serangan siber.



Selain pelan 10Gbps, pengguna juga ada beberapa pilihan lain yang boleh disuaikan dengan bajet bulanan. Perlu diingatkan yang semua pelan U Mobile U Biz Fibre tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan. Berikut adalah senarai semua pelan U Mobile U Biz Fibre:

  • U Biz Fibre 100Mbps – RM129/bulan RM79/bulan
  • U Biz Fibre 500Mbps – RM199/bulan RM99/bulan
  • U Biz Fibre 1Gbps – RM299/bulan RM149/bulan
  • U Biz Fibre 10Gbps – RM1,899

U Mobile U Biz Fibre 10Gbps ditawarkan di kawasan yang terhad. Berikut adalah 5 lokasi yang ada perkhidmatan ini:

  • Berjaya Times Square
  • Pavilion Damansara Heights
  • LaLaport Bukit Bintang City Centre (Akan Datang)
  • KL Eco City (Akan Datang)
  • Mid Valley Megamall (Akan Datang)

Satu perkara yang tiada dalam penawaran U Mobile U Biz Fibre adalah talian telefon. Jadi, sekiranya anda perlukan talian telefon untuk perniagaan, ini bukanlah solusi anda. Sekiranya anda tak perlukan capaian utlrapantas 10Gbps, anda boleh pertimbangkan penyedia perkhidmatan lain.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi U Mobile U Biz Fibre.

Time for Bussiness harga serendah RM128/bulan

Walaupun menjalinkan kerjasama dengan U Mobile, Time tidak pula menawarkan pelan 10Gbps. Kelajuan paling tinggi yang mereka ada ialah 1Gbps pada harga RM338/bulan. Bersama-sama dengan pelan tersebut, pelanggan turut akan terima router Wi-Fi 6 dan juga seunit mesh Wi-Fi 6 kedua-duanya berharga RM399 setiap satu.

Pelan paling murah di Time adalah 100Mbps untuk RM128/bulan. Anda beroleh perkakasan yang sama dan semua penawaran Time disertakan talian telefon dengan kuota panggilan sehingga 500 minit sebulan.

Anda boleh layari laman rasmi produk Internet Time untuk PKS, untuk maklumat lanjut.

Maxis Business Fibre harga bermula RM119/bulan

Alternatif kedua yang boleh anda pertimbangkan adalah Maxis Business Fibre. Pelan paling murah yang mereka tawarkan adalah 100Mbps pada harga RM119/bulan. Ia didatangkan dengan router Wi-Fi 6 percuma dan turut disertakan sambungan sandaran Internet sekiranya berlaku apa-apa kegendalaan ke atas talian utama. Semua pelan Maxis Business Fibre turut diberikan 1 talian telefon.

Pelan paling premium Maxis Business Fibre adalah RM299/bulan. Ia menerima semua manfaat pelan termurah dengan satu tambahan Mesh Wi-Fi. Anda boleh layari laman rasmi Maxis Business Fibre untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

5 terbaik: Pascabayar bajet RM100 dengan Internet atau panggilan suara tanpa had

Pembukaan Sukma 2024 Sarawak akan diperkasa 5G-A, apa maknanya kepada pengguna biasa?

Ini senarai terlengkap prabayar unlimited Internet 5G Malaysia berserta FUP disebaliknya

Tags: maxistimeu mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Perlukan Internet 10Gbps untuk perniagaan anda? U Mobile ada

Perlukan Internet 10Gbps untuk perniagaan anda? U Mobile ada

22 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER