• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo V40 Malaysia: Harga tokok banyak, naik tarafnya sikit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:56 pm
  • 22/08/2024
  • Komen
Siri Vivo V40 Malaysia: Harga tokok banyak, naik tarafnya sikit
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan siri Vivo V40, siri kelas pertengahan di bawah flagship Vivo X mereka. Ia adalah sekuel kepada siri Vivo V30 yang telah dilancarkan mereka dalam bulan Mac 2024 yang lalu. Dengan tetingkap pelancaran yang pendek, jangkakan perubahan pun sama pendek. Namun, promo tempahan awalnya sangat menarik.

Harga siri Vivo V40 di Malaysia

Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Vivo V40 Pro – RM3,299
  • Vivo V40 – RM2,399

Promo tempahan awal dibuka sehingga 30 Ogos 2024 dengan pemberian percuma bernilai hingga RM1,799. Promo tempahan awal Vivo V40 Pro:

  • Vivo TWS 3e
  • DJI Osmo Mobile SE
  • Powerbank Pinergi
  • Rebat RM50
  • Jaminan tambahan 1 tahun
  • Jaminan penggantian skrin retak 1 tahun
  • Jaminan penggantian panel belakang 1 tahun
  • Diskaun RM199 untuk PWP Vivo Watch 3

Promo tempahan awal Vivo V40:



  • Vivo Selection Smart Watch
  • Vivo XE160 Earphone
  • Powerbank Pinergi
  • Rebat RM50
  • Jaminan tambahan 1 tahun
  • Jaminan penggantian skrin retak 1 tahun
  • Jaminan penggantian panel belakang 1 tahun
  • Diskaun RM199 untuk PWP Vivo Watch 3

Spesifikasi Vivo V40 Pro

Vivo V40 Pro adalah varian tertinggi dalam sirinya dan yang paling premium. Ia diperkasa cip Mediatek Dimensity 9200+ dengan kombinasi RAM 12GB dan storan 512GB. Hanya ada satu varian saja ditawarkan untuk model ini berbanding dua varian untuk Vivo V40.

Menariknya telefon ini, ia maklumkan ada penawaran IP69 dan juga IP69. Maknanya bukan setakat ia kalis air untuk rendaman malahan ia juga air itu boleh ditembak padanya pada tekanan lebih tinggi daripada biasa. Vivo V40 Pro adalah sebuah telefon sebesar 6.78” dengan panel paparan AMOLED berkadar segar semula boleh laras antara 60Hz ataupun 120Hz.

Untuk kelengkapan kamera, ia nampaknya masih mengekalkan sensor-sensor daripada Vivi V30 Pro. Ia ada tiga buah kamera 50MP di belakang iaitu kamera utama, kamera ultralebar, dan juga kamera telefoto 2x. Kamera selfie juga menggunakan sensor 50MP.

Perkara yang berbeza adalah Aura Light yang lebih kecil, jauh lebih kecil berbanding generasi sebelumnya. Tidaklah diketahui sama ada tahap kecerahannya boleh menandingi LED yang lama.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik Vivo V40 Pro ialah sistem bateri 5,500mAh dengan teknologi pengecasan pantas 80W.

Jika dibandingkan Vivo V30 Pro, perubahan yang boleh anda temui pada V40 Pro adalah seperti:

  • SoC lebih baharu
  • Lampu Aura Light dikecilkan
  • Kapasiti bateri diperbesar

Perlu diingatkan yang harga pelancaran Vivo V30 Pro adalah RM2,599 berbanding RM3,299 untuk Vivo V40 Pro.

Spesifikasi Vivo V40

Untuk model yang lebih mampu milik, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Vivo V40. Ia memiliki saiz yang sama dengan Vivo V40 Pro, tapi dengan pengurangan di beberapa komponen. Vivo V40 adalah sebuah telefon dengan panel paparan AMOLED 6.78” berkadar segar semula boleh laras antara 60Hz ataupun 120Hz.

Atas papan utama, telefon ini menjalankan SoC Snapdragon 7 Gen 3 dengan pilihan kombinasi RAM + Storan sama ada 12GB + 256GB ataupun 12GB + 512GB. Di jabatan pengimejan, ia diberikan konfigurasi dwikamera belakang iaitu kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 50MP, konfigurasi yang sama seperti V40 kecuali ketiadaan kamera telefoto. Kamera selfie juga kekal pada 50MP.

Bateri Vivo V40 adalah sebesar 5,500mAh dan diberikan pegecas 80W didalam kotak.

Vivo V40 jika dibandingkan dengan Vivo V30, naik tarafnya sangat minimum. Ia masih gunakan SoC yang sama, skrin yang sama, bateri yang sama. Yang berubah adalah kapasti bateri yang naik sebanyak 500mAh sahaja. Harga pelancaran juga naik sebanyak RM200 berbanding generasi sebelumnya.

Bacaan berkaitan

Vivo Y03t dilancarkan, telefon murah ada storan 128GB dan kalis air IP54

5 Terbaik: Alternatif Google Pixel 9 lebih berkuasa dan mampu milik

[PROMO] Vivo V30 Pro dengan optik Zeiss, lebih murah untuk masa terhad

Tags: androidvivovivo v40vivo v40 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Vivo V40 Malaysia: Harga tokok banyak, naik tarafnya sikit

Siri Vivo V40 Malaysia: Harga tokok banyak, naik tarafnya sikit

22 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER