• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 Terbaik: Telefon mampu milik bawah RM1,500 berprestasi tinggi dan kalis air

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:14 pm
  • 28/08/2024
  • Komen
5 Terbaik: Telefon mampu milik bawah RM1,500 berprestasi tinggi dan kalis air
Share on FacebookShare on Twitter

Bajet telefon pintar bawah RM1,500 antara yang sering dicari kebanyakan pengguna di Malaysia. Walaupun mampu milik, telefon bajet sebegini mampu untuk tawarkan spesifikasi baik dan pelbagai ciri menarik menjadikan ianya berbaloi untuk didapatkan.

Sekarang, terdapat banyak telefon bawah RM1,500 yang anda boleh dapatkan di Malaysia. Bukan sahaja telefon-telefon ini dilengkapkan dengan sokongan 5G, malah ada yang boleh dibawa selam dalam air kerana memiliki kalis air IP68, skrin AMOLED 120Hz, storan besar 512GB dan pengecasan pantas sehingga 120W. Nak tahu apa senarai tersebut? Jom saya terangkan.



1. Realme 12+ (12GB+256GB) – RM1,428

Realme 12+ ini masih baru lagi dilancarkan pada Mac lepas. Ia hadir dengan spesifikasi menarik dan rekaan unik menggunakan kemasan kulit tiruan pada panel belakang. Prestasinya berkelas pertengahan sahaja dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7050, tapi ia ada RAM LPDDR4X besar 12GB dan storan 256GB.

Skrin yang digunakan pun bagus jenis AMOLED 120Hz dan kelebihannya, ia ada kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony LYT600 OIS dan kamera ultralebar 8MP. Kapasiti bateri yang dilengkapkan biasa sahaja 5,000mAh, tetapi ia sokong pengecasan pantas 67W melalui USB-C. Namun, tahap kekalisan airnya hanya IP54.



Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan Realme 12+ pada harga lebih murah dengan menebus baucar bernilai sehingga RM150 di gedung rasmi Shopee.

Beli Realme 12+ di Lazada

Beli Realme 12+ di Shopee.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk di Realme 12+.

2. Redmi Note 13 Pro+ (8GB+256GB) – RM1,499

Ada banyak model dalam siri Redmi Note 13, tapi saya nak cadangkan Redmi 13 Pro+. Ia dilancarkan pada awal tahun ini pada harga bermula RM1,599 tapi sekarang boleh dapat lebih murah pada RM1,499. Telefon ini ada kamera utama 200MP, paling tinggi dalam senarai dan mampu zum lossless sehingga 4x. Malah, ia juga ada kamera ultralebar 8MP serta menyokong pengecasan terpantas 120W.

Di hadapan, telefon ini menggunakan skrin AMOLED melengkung 6.67-inci 120Hz dengan dilitupi kaca Corning Gorilla Glass Victus. Lebih menarik, telefon ini juga satu-satunya ada tahap kekalisan air IP68, bermakna boleh dibawa selam dalam air. Prestasi telefon ini juga cukup berkuasa diperkasa oleh cip MediaTek Dimensity 7200 Ultra.

Dalam masa sama, Redmi Note 13 Pro+ ini juga boleh didapatkan pada harga lebih murah. Ini kerana terdapat baucar yang boleh ditebus di Lazada dan Shopee berikan potongan harga sehingga RM150.

Beli Redmi Note 13 Pro+ di Lazada

Beli Redmi Note 13 Pro+ Shopee.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi Note 13 Pro+.

3. Samsung Galaxy A35 (8GB+256GB) – RM1,399

Samsung Galaxy A35 ini juga harga pelancarannya lebih RM1,500, tapi kini boleh dapat lebih murah pada harga RM1,399. Bagaimanapun, prestasinya agak rendah sikit berbanding telefon lain dalam senarai sebab dikuasakan cip tahun lepas Exynos 1380. Namun, ia satu-satunya dijamin kemas kini OS panjang selama 4 kali dan keselamatan 5 tahun, bermakna anda boleh guna sampai Android 17.

Selain itu, kelebihan telefon ini juga ia ada tahap kekalisan air IP67. Skrin pula jenis Super AMOLED 120Hz dan ia juga ada kamera utama 50MP OIS dan kamera ultralebar 8MP. Walau bagaimanapun, pengecasannya paling perlahan hanya 25W dan kepala pengecas tak dapat dalam kotak.

Kalau berminat, anda juga boleh tebus baucar berikan diskaun sebanyak RM20 di stor rasmi Samsung di Shopee.

Beli Samsung Galaxy A35 di Lazada

Beli Samsung Galaxy A35 di Shopee.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Samsung Galaxy A35.

4. Poco X6 Pro (12GB+512GB) – RM1,459

Kalau anda pentingkan prestasi dan nak storan besar, Poco X6 Pro ini adalah pilhan paling menarik. Ia diperkasa cip paling berkuasa Dimensity 8300 Ultra, serta satu-satunya dalam senarai gunakan storan UFS 4.0 besar 512GB pada harga sekitar RM1,300 saja. RAM yang digunakan pantas LPDDR5X seluas 12GB. Macam Realme 12+. Poco X6 Pro ini juga didatangkan dengan kemasan kulit tiruan pada panel belakang.

Sistem kamera Poco X6 Pro ini juga agak bagus, dilengkapi kamera utama 64MP dan kamera ultralebar 8MP. Skrin yang digunakan adalah jenis Flow AMOLED 120Hz dan gunakan kaca Corning Gorilla Glass 5 untuk perlindungan, tapi hanya diiktiraf kalis percikan air IP54. Pengecasan yang disokong pantas pada 67W dan menariknya, pengecas dapat sekali dalam kotak.

Lebih menarik, baucar diskaun sehingga RM100 turut tersedia dan boleh ditebus di stor rasmi Poco di Shopee, dengan stor di Lazada pula ada baucar diskaun sehingga RM40.

Beli Poco X6 Pro di Lazada

Beli Poco X6 Pro di Shopee.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Poco X6 Pro.

5. Infinix GT 20 Pro (12GB+256GB) – RM1,299

Infinix GT 20 Pro ini merupakan telefon paling murah dalam senarai ini. Walaupun murah, ia ada prestasi antara yang tertinggi dikuasakan cip Dimensity 8200 Ultimate. Ia juga ada storan pantas UFS 3.1 seluas 256GB dengan RAM LPDDR5X besar 12GB. Lebih menarik, telefon ini juga satu-satunya yang dilengkapkan dengan pelbagai fungsi gaming macam pengecasan Bypass, Magic Button untuk jadikan butang volume kepada butang tambahan sewaktu gaming dan mod E-sports.

Selain itu, rekaannya pun paling unik sebab ada lampu LED yang boleh ditetapkan untuk berintegrasi dengan game. Tambah baik, ia juga ada skrin AMOLED dengan kadar penyegaran paling pantas dalam senarai pada 144Hz, kamera hadapan 32MP dan sokong pengecasan 45W PD 3.0. Tetapi, kekurangannya ia tak ada kamera ultralebar dan memiliki tahap kalis percikan air IP54.

Walau bagaimanapun, sementara Infinix GT 20 Pro adalah telefon paling murah dalam senarai, tiada baucar yang anda boleh tebus di Lazada dan Shopee.

Beli Infinix GT 20 Pro di Lazada

Beli Infinix GT 20 Pro di Shopee.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix GT 20 Pro.

Bacaan berkaitan

  • 5 Terbaik: Telefon murah bawah RM600 dengan pengecasan pantas dan NFC (2024)
  • 5 Terbaik: Telefon gaming murah berbaloi, prestasi tinggi dan ada pengecasan Bypass
  • 5 Terbaik: Telefon bawah RM3,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan sokong pengecasan pantas
Tags: galaxy a35InfinixInfinix GT 20 ProPocoPoco X6 ProRealmeRealme 12+Redmiredmi note 13 pro+samsungSamsung Galaxy A35xiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Telefon mampu milik bawah RM1,500 berprestasi tinggi dan kalis air

5 Terbaik: Telefon mampu milik bawah RM1,500 berprestasi tinggi dan kalis air

28 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER