• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tanpa iklan, bagaimana WhatsApp jana pendapatan? Ini jawapannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:15 am
  • 28/08/2024
  • Komen
Tanpa iklan, bagaimana WhatsApp jana pendapatan? Ini jawapannya
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda yang Malaysia adalah salah satu pasaran utama WhatsApp for Business? Mengetahui kepentingan tersebut, WhatsApp Session: Grow Your Business pertama di Malaysia telah dianjurkan mereka. Walaupun ia berat kepada acara buat para usahahawan dan peniaga, untuk orang biasa macam saya dan anda, kini kita boleh tahu bagaimanakah caranya WhatsApp menjana pendapatan.

WhatsApp pengguna biasa takkan pernah ada iklan

Brian Acton dan Jan Koum pernah bekerja dengan Yahoo! untuk puluhan tahun sebelum mereka membangun dan menerbitkan WhatsApp dalam tahun 2009. Dalam satu hantaran blog tahun 2012, mereka pernah mengatakan kenapa mereka tidak menyiarkan iklan, walaupun platform permesejan itu memiliki pengguna aktif yang ramai.



Mereka melihat yang syarikat seperti Yahoo! dan Google, sangat fokus pada pengumpulan data pengguna untuk tujuan komersial. Di pihak pengguna pula, tiada siapa yang sukakan iklan kerana ia menganggu pengalaman Internet, apalagi privasi.

Jadi, mereka ingin membangunkan satu produk yang berguna, berfungsi, menjimatkan wang, dan bebas iklan. Namun, kos operasi masih perlu dibayar bukan? Maka untuk menghormati teras yang telah dibina, Meta yang telah mengambil alih WhatsApp dalam tahun 2014, telah mewujudkan WhatsApp Business dalam tahun 2018 sebagai sayap penjananya.



70% pengguna Malaysia mesej berbanding panggilan telefon atau emel

Daripada tinjauan, pasukan Meta memberitahu yang 7 daripada 10 pengguna Malaysia lebih selesa bermesej dengan perniagaan berbanding melalui panggilan telefon ataupun emel. Malahan, 80% pengguna Malaysia menghubungi perniagaan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Itulah data yang dikongsikan Nicole Tan, Pengarah Meta Malaysia, yang menyeru supaya perniagaan beradaptasi dengan evolusi komunikasi masa ini.

Saya sendiri bersetuju dengan Nicole Tan kerana menerim panggilan daripada nombor yang tidak dikenali membuatkan saya tidak ingin menjawabnya, gusar terhadap risiko scam yang berleluasa sekarang.

Meta Verified kini di Malaysia bersama-sama ciri WhatsApp Business lain

Meta Verified for Business adalah langganan berbayar kepada entiti perniagaan yang layak. Langganan ini memberikan cap Verified pada nama perniagaan anda dan seterusnya mempertingkat kredibiliti perniagaan anda di platform WhatsApp.

Konsepnya adalah sama seperti Meta Verified for Creators kerana Meta perlu melakukan pengesahan dengan anda untuk menentukan sama ada anda layak ataupun tidak. Untuk Meta Verified for Creators, harga langganannya adalah serendah RM36.99

Layari FAQ Meta Verified untuk WhatsApp Business sekiranya anda perlukan maklumat lanjut.

Ads That Click to WhatsApp: Salurkan pelanggan daripada Instagram & Facebook

Facebook dan Instagram, dua platform di bawah Meta, menawarkan “Ads That Click to WhatsApp” yang membolehkan perniagaan meletakkan butang call-to-action di dalam dua platform media sosial tadi. Apabila ditekan ia akan membawa pengguna ke porifl perniagaan di WhatsApp dan interaksi boleh diteruskan di sana.

Prestasi iklan seterusnya boleh dijejak menggunakan Facebook (Meta) pixel tracking, Civersions API, dan Offline Conversions.

Customized Messages: Hantar mesej tersuai untuk sebar luaskan jenama anda

Kesedaran jenama (brand awareness) adalah sesuatu yang asas dalam subjek corong pemasaran. Pelanggan yang tidak mengetahui akan sesuatu jenama tidak akan membelinya secara membuta tuli. SME booleh gunakan ciri customized messages untuk menghantar mesej kepada pelanggan berpotensi untuk mencetuskan kesedaran jenama dengan pantas.

Peniaga juga akan diberikan statistik prestasi mesej tersebut daripada segi berapa ramai yang sudah membacanya dan berapa ramai yang telah membalasnya bagi membolehkan peniaga melakukan ubah suai kepada intipati mesej supaya lebih berimpak tinggi.

WhatsApp Flows: Permudah interaksi pengguna dengan perniagaan

WhatsApp Flows tersedia untuk pengguna WhatsApp Business Platform, servis yang lebih kompleks berbanding aplikasi WhatsApp Business biasa. Ia mempunyai kelebihan daripada segi akses kepada API iaitu komponen yang mempertingkat keversatilan interaksi perniagaan di WhatsApp Business.

Dengan API, perniagaan boleh mengintegrasikan komponen UI terus ke dalam WhatsApp untuk mempermudah interaksi pelanggan. Contohnya, perniagaan ingin lakukan survei, pendaftaran produk kewangan, memaparkan tiket penerbangan, malahan menempah teksi juga boleh dilakukan.

EcoWorld dan Dr. Smells memanfaat WhatsApp for Business

Ada banyak perniagaan di Malaysia yang dah gunakan WhatsApp for Business Platform. Dua contoh yang dibawkaan Meta untuk berkongsikan kisah kejayaan di WhatsApp Session: Grow Your Business adalah EcoWorld dan Dr. Smells.

EcoWorld, pemaju hartanah terkenal Malaysia, melaporkan yang mereka mencatatkan prestasi 6.5 kali ganda lebih baik bila menggunakan “Ads that Click to WhatsApp” berbanding nilai yang sama bila menggunakan pengiklanan biasa. Mereka gembira kerana frekuensi janji temu ke bilik pameranmeningkat mendadak.

Dalam spektrum lain, Dr. Smell mencatatkan 37% kadar conversion bila menggunakan WhatsApp for Business dalam penjualan produk penjagaan kebersihan mereka. Hal ini bermakna, kebarangkalian pengguna untuk membeli produk mereka adalah 37% lebih tinggi daripada biasa apabila mereka mula menghantar mesej tersuai melalaui fungsi “Customized Messages”.

Bacaan berkaitan

Pengguna Android kini boleh cipta pelekat WhatsApp sendiri, ini caranya

Buli siber hingga melibatkan kematian, SKMM akhirnya buka mata?

[TIPS] Cara untuk sembunyi chat WhatsApp Web dari pandangan orang ramai

Tags: whatsappwhatsapp for business
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Tanpa iklan, bagaimana WhatsApp jana pendapatan? Ini jawapannya

Tanpa iklan, bagaimana WhatsApp jana pendapatan? Ini jawapannya

28 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER