• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo kini ditamatkan secara rasmi, aplikasi dan laman web memaparkan logo CelcomDigi

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:32 pm
  • 30/08/2024
  • Komen
Yoodo kini ditamatkan secara rasmi, aplikasi dan laman web memaparkan logo CelcomDigi
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman Yodoo pada Jun lepas, kini perkhidmatan Yoodo telah secara rasmi ditamatkan. Ia menandakan berakhirnya jenama Yoodo sebagai sebuah telco selepas 6 tahun beroperasi. Penamatan perkhidmatan Yoodo adalah disebabkan keperluan untuk mematuhi arahan SKMM bagi mengatasi isu persaingan kerana penggabungan CelcomDigi.

Bermula hari ini, 30 Ogos 2024, jenama Yoodo kini tidak lagi wujud dengan ia dijenamakan semula kepada CelcomDigi. Sementara laman web yoodo.com masih lagi boleh diakses pengguna, ia telah dijenamakan semula sebagai CelcomDigi dengan kenyataan yang memaklumkan tiada kemas kini pada laman web mereka.



Selain itu, apabila melancarkan aplikasi Yoodo, anda akan digesa untuk mengemas kininya di Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi itu juga akan membawakan logo CelcomDigi dengan kini diberi nama ‘Formerly Yoodo’.

Namun begitu, keseluruhan aplikasinya masih tidak berubah dan anda juga masih boleh mengurus pelan termasuk membeli internet tambahan dan pas Roaming. Cuma perbezaannya, sewaktu membuka aplikasi akan dipaparkan logo CelcomDigi berbanding logo Yoodo.



Apa akan terjadi kepada pelanggan sedia ada Yoodo?

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Yoodo telah berhenti menerima pendaftaran baharu pada 19 Jun 2024. Pengguna boleh pilih untuk beralih ke telco lain atau teruskan dengan pelan Yoodo sedia ada dibawah Prabayar CelcomDigi. Oleh itu, peralihan daripada Yoodo ke CelcomDigi dilihat hanyalah untuk tujuan penjenaaan kerana pelanggan masih boleh mengekalkan pelan Yoodo sedia ada mereka, termasuk pelan popular mereka yang menyediakan data 5G 20GB pada harga RM20.

Pada hujung Julai lepas, Yoodo juga ada memberikan data 10GB secara percuma kepada pelanggan setia mereka sebagai hadiah perpisahan. Jadi, sekiranya anda mahu terus menggunakan Yoodo, pastikan untuk kekal aktifkan nombor anda kerana anda tidak boleh melanggan SIM Yoodo baharu jika perkhidmatan anda ditamatkan.

Penamatan perkhidmatan Yoodo pastinya menghibakan buat pengguna tegar Yoodo. Sejak diperkenal pada tahun 2018, Yoodo adalah satu-satunya telco digital yang menawarkan pelan mampu milik yang boleh disesuaikan melalui aplikasi.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Yoodo tamat perkhidmatan 29 Ogos, pengguna dipindah ke prabayar CelcomDigi
  • Tiada lagi nama Yoodo mulai Ogos, pengguna akan dimaklumkan tentang peralihan
  • SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
Tags: celcomCelcomDigidigitelcoyoodo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Yoodo kini ditamatkan secara rasmi, aplikasi dan laman web memaparkan logo CelcomDigi

Yoodo kini ditamatkan secara rasmi, aplikasi dan laman web memaparkan logo CelcomDigi

30 August 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN