• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM kuatkuasakan larangan sepenuhnya URL di SMS, boleh lapor jika masih berlaku

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:24 pm
  • 02/09/2024
  • Komen
SKMM kuatkuasakan larangan sepenuhnya URL di SMS, boleh lapor jika masih berlaku
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan penguatkuasaan larangan sepenuhnya terhadap kandungan terlarang dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula hari ini, 1 September 2024. Kandungan terlarang ini termasuk pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi, dan nombor telefon untuk dihubungi (callback number).

Sekatan URL di SMS telah dilakukan sejak tahun lepas

Pada tahun lepas, SKMM sudah pun mengeluarkan arahan untuk syarikat telco menyekat SMS yang mengandungi URL. Sejak 2 Mei 2023, semua telco juga telah melaksanakan sekatan tersebut, tetapi disebabkan pelaksanaannya dilakukan secara berfasa, sekatan pada mulanya hanya melibatkan nombor peribadi dan bukannya perniagaan.



Perniagaan masih lagi dibenarkan untuk menghantar URL di SMS sebelum ini. Ini adalah kerana, SKMM memberikan pengecualian larangan ini kepada perkhidmatan perniagaan penting untuk memberikan kesenangan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, pengecualian tersebut telah pun tamat pada 31 Ogos 2024.

Oleh itu, bermakna sekarang semua pemilik perniagaan telah dihalang untuk menghantar URL di SMS. Ini termasuk platform kewangan dan syarikat telco yang akan beralih daripada pengesahan berasaskan URL melalui SMS.



Menurut MCMC, penguatkuasaan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko scam melibatkan perkhidmatan SMS. Ini disebabkan SMS sering dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pihak berkuasa, termasuk entiti awam dan swasta.

Terdapat beberapa kes scammer menghantar SMS menggunakan ID penghantar seperti MAXIS, GOV dan 15454 yang menyamar sebagai TNB untuk kelihatan tidak mencurigakan.

Pengguna digesa untuk melaporkan SMS yang terdapat pautan dan maklumat sensitif

Sekiranya anda masih menerima SMS dengan pautan URL, SKMM menggalakkan anda untuk mengemukakan aduan melalui laman sesawang aduan.mcmc.gov.my. Anda akan perlu menyertakan maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima, lokasi penerimaan serta tangkapan skrin SMS yang diterima.

Dalam masa yang sama, SKMM turut mengingatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap platform komunikasi lain. Ia termasuk Google RCS, Apple iMessage, WhatsApp dan Telegram, yang melangkau infrastruktur telco. Kalau anda mendapati mesej mecurigakan atau scam, boleh terus laporkan kepada penyedia platform atau MCMC untuk tindakan selanjutnya diambil.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Maxis umum halang SMS mengandungi URL bermula 2 Mei 2023
  • Fahmi Fadzil mahu SKMM dan KKD kaji mekanisma terbaik atasi iklan scam di media sosial
  • Barah scam dalam talian parah, YB Fahmi Fadzil arah SKMM bekerja lebih tangkas dan tegas
Tags: SCAMSKMMSMSsuruhanjaya komunikasi multimedia malaysiatelco
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

SKMM kuatkuasakan larangan sepenuhnya URL di SMS, boleh lapor jika masih berlaku

SKMM kuatkuasakan larangan sepenuhnya URL di SMS, boleh lapor jika masih berlaku

2 September 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN