• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 14C dilancar, telefon murah dengan skrin 120Hz dan storan besar 256GB

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:09 pm
  • 04/09/2024
  • Komen
Redmi 14C dilancar, telefon murah dengan skrin 120Hz dan storan besar 256GB
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan telefon kelas permulaan terbaru dalam keluarga Redmi, iaitu Redmi 14C. Berdasarkan nama model, ia merupakan kemas kini daripada Redmi 13C yang Xiaomi lancar sekitar November tahun lepas. Oleh itu, Redmi 14C ini bukanlah telefon 5G, sebaliknya hanya sokong rangkaian 4G.

Namun, Redmi 14C ini diberikan beberapa peningkatan berbanding generasi sebelumnya termasuk rekaan panel belakang baharu, skrin lebih besar, kamera depan beresolusi lebih tinggi, serta storan dua kali ganda lebih besar.



Harga dan ketersediaan Redmi 14C di Malaysia

Redmi 14C akan boleh mula dibeli orang ramai bermula 13 September 2024. Sebanyak dua varian yang diperkenalkan dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Redmi 14C (RAM 6GB dan storan 128GB) – RM449
  • Redmi 14C (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM599

Menariknya, harga Redmi 14C terbaru ini lebih murah berbanding Redmi 13C yang ditawarkan dalam satu varian dengan RAM 6GB dan storan 128GB pada RM499. Jika berminat, anda boleh dapatkan Redmi 14C di semua pengedar sah Xiaomi, stor online Xiaomi, atau gedung rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee bermula 13 September nanti.



Spesifikasi Redmi 14C

Pembaharuan ketara Redmi 14C adalah pada bahagian rekaan panel belakangnya. Ia kini menggunakan bonggol kamera bulat besar serta menggunakan beberapa kemasan berbeza termasuk matte berwarna hijau dan kaca berwarna hitam, ungu serta biru istimewa yang dipanggil ‘star trail design’. Telefon ini juga ada bingkai rata dengan badan berukuran 8.22mm, sedikit tebal dari Redmi 13C yang berukuran 8.09mm.

Xiaomi memasangkan skrin lebih besar pada Redmi 14C. Ia menggunakan panel paparan LCD sebesar 6.88-inci dengan resolusi HD 720p. Skrin itu memiliki kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak pada 600 nits, kontras warna 1500:1 serta menerima pengesahan TUV untuk ada tahap cahaya biru rendah dan bebas flicker untuk memberi kesenangan pada mata pengguna.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip MediaTek Helio G81 Ultra yang bergandingan dengan RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan eMMC 5.1 sehingga 256GB. Seperte generasi sebelumnya, slot mikro-SD turut tersedia di Redmi 14C untuk membenarkan perluasan storan dilakukan.

Berkenaan pengimejan, walaupun kelihatan seperti ada empat modul kamera dibelakang telefon, sebenarnya hanya satu sahaja yang boleh menangkap gambar. Ia adalah kamera utama 50MP F1.8, sama seperti Redmi 13C. Di hadapan, takuk di atas skrin pula menempatkan kamera selfie 13MP F2.0.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,160mAh, sedikit naik taraf daripada 5,000mAh di Redmi 13C. Xiaomi mendakwa Redmi 14C dapat menawarkan masa main video sehingga 22 jam lamanya. Tetapi, kuasa pengecasan masih sama pada 18W melalui USB-C. Namun, menurut Xiaomi, kepala pengecas tidak diberikan dalam kotak.

Selain itu, jek audio 3.5mm masih dikekalkan dan sistem bunyi dikeluarkan oleh speaker mono. Lagi ciri lain yang ada pada Redmi 14C termasuk NFC, Bluetooth 5.4, 4G, dan pengimbas cap jari di sisi. Sistem operasi yang digunakan sejurus keluar kotak adalah HyperOS berasaskan Android 14.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman spesifikasi Redmi 14C.

Bacaan berkaitan

  • Redmi 13C hanya RM499, skrin lebih pantas dan besar dari iPhone 15 Plus
  • Redmi 13C, telefon baru termurah Xiaomi akan datang ke Malaysia untuk menyaingi Poco C65
  • Poco C65, telefon murah dengan storan besar 256GB dari RM519 sahaja
Tags: RedmiRedmi 14Cxiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Redmi 14C dilancar, telefon murah dengan skrin 120Hz dan storan besar 256GB

Redmi 14C dilancar, telefon murah dengan skrin 120Hz dan storan besar 256GB

4 September 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER