• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A06: Telefon bajet dengan 2 tahun jaminan dan pengecas percuma

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:26 am
  • 05/09/2024
  • Komen
Samsung Galaxy A06: Telefon bajet dengan 2 tahun jaminan dan pengecas percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah telefon mampu milik baharu menyertai pasaran Malaysia dan kali ini, ia adalah model Samsung Galaxy A06. Pada harga RM449, ia bakal bersaing dengan Redmi 14C yang diumumkan pada hari yang sama dengan pengumuman yang dibuat jenama Korea ini.

Bersempena dengan penjualan Samsung Galaxy A06 di Malaysia, Samsung memberikan pengecas 25W Super-Fast bersama-sama dengan jaminan 1 tahun tambahan bernilai RM49.



Spesifikasi Samsung Galaxy A06

Samsung Galaxy A06 adalah sebuah telefon 6.7” yang dilengkapi panel LCD beresolusi HD+. Sudah tahun 2024, harapnya resolusi minimum sebuah telefon mampu milik dinaikkanlah kepada FHD. Satu-satunya kelebihan paparan beresolusi rendah adalah ia menggunakan tenaga yang rendah. Maka, jangkakan hayat guna yang panjang berbekalkan bateri 5,000mAh yang dimiliki telefon ini.

Atas papan tauam, Samsung Galaxy A06 diperkasa SoC Mediatek Helio G85. Buat anda yang masih ingin, cip ini menguasakan Realme 7i tahun 2020. Ketika itu, ia dilancarkan pada harga RM999 (8 + 128). Berbalik kepada Samsung, SoC Helio G85 itu bergandingan bersama-sama RAM 4GB dan storan 128GB dan boleh diperbesar melalui slot mikro-SD yang tidak disekalikan dengan slot SIM kedua. Jadi anda beroleh 2 slot SIM dan 1 slot mikro-SD.



Untuk mengambil gambar, Samsung memberikan satu kamera 50MP di belakang dan satu kamera 8MP di bahagian depan.

Anda boleh layari laman rasmi Samsung Galaxy A06 untuk maklumat lanjut.

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy a06
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy A06: Telefon bajet dengan 2 tahun jaminan dan pengecas percuma

Samsung Galaxy A06: Telefon bajet dengan 2 tahun jaminan dan pengecas percuma

5 September 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN