• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Neo drone video 4K harga bawah RM900, termurah dan terkompak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:37 am
  • 06/09/2024
  • Komen
DJI Neo drone video 4K harga bawah RM900, termurah dan terkompak
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga dron berkamera DJI telah terima satu ahli baharu yang menarik. Paling penting, DJI Neo adalah dron video 4K termurah dalam penawaran DJI setakat ini. Pada harga kurang daripada RM1,000 ia tawarkan keupayaan rakaman video 4K dalam pelbagai gaya, tanpa sebarang alat kawalan diperlukan. Maka ia sesuai untuk pencipta kandungan yang ingin fokus pada syot berbanding mengawal drone.

DJI Neo ada kamera 4K

DJI Neo dilengkapi sistem kamera dengan sensor 1/2” beresolusi 12MP F2.8. Ia merakam video 4K pada kadar bingkai 30fps dalam nisbah 16:9 ataupun 4:3.



Tiada sebarang penstabil imej optikal diberkan kerana kamera hanya boleh dikilas ke bawah 90° dan ke atas 60°. Ciri penstabil imej EIS RockSteady hadir untuk membantu anda dapatkan video ataupun gambar yang stabil. Tanpa sistem penstabil imej fizikal ditambah pula dengan sensor kecil, DJI Neo dirasakan akan menghadapi kesukaran untuk merakam dalam keadaan kurang pencahayaan.

Satu lagi kelemahan DJI Neo adalah ia tidak didatangkan dengan slot mikro-SD. Rakaman hanya dilakukan melalui storan terbina seluas 22GB yang disediakan di dalamnya. Selepas itu, kandungan perlu dikeluarkan secara wayarles menggunakan aplikasi DJI Fly app. Tiada sebarang port USB-C ditawarkan untuk perpindahan secara berkabel yang lebih pantas.



DJI Neo boleh dikendalikan amatur hinggalah professional

Satu ciri menonjol DJI Neo adalah pilihan cara kendaliannya. Ia sangat mudah dikendalikan sehingga tiada sebarang alat kawalan diperlukan. Di atas badan dron ini terdapat pilihan-pilihan mod yang disediakan pengeluar. Pengguna hanya pilih jenis video yang ingin dirakam, dron akan berlepas, dan mula lakukan tugasannya secara automatik menggunakan AI Subject Tracking, QuickShot.

Sejurus keluar kotak, boleh lakukan:

  • Dronie
  • Circle
  • Rocket
  • Sportlight
  • Helix
  • Boomerang

Bila dah mahir, anda boleh ambil alih kawalan menggunakan aplikasi DJI Fly app dan jadi pilot dron menggunakan telefon pintar. Akhir sekali sekiranya ingin pengalaman FPV, DJI Neo juga boleh dikawal menggunakan DJI RC Motion, DJI Goggle, ataupun DJI RC-N3 untuk jarak operasi lebih jauh.

DJI Neo berkomunikasi dengan alat kawalan menggunakan protokol transmisi O4 yang ada jarak operasi sekitar 5km.

DJI Neo ada hayat bateri sehingga 18 minit

Disebabkan ia dron yang kompak dan mampu milik, tak banyak ciri keselamatan yang diberikan pada dron ini. Ia cuma ada sensor pengesan di bawah untuk lakukan pendaratan atas tapak tangan. Makanya, ia perlu dikawal dengan lebih berhati-hati terutamanya bila anda gunakan QuickShot.

Mujurlah bilah kipasnya direka disebalik kerangka pelindung dan aksesori propeller guard juga ada disediakan untuk lebih keselamatan.

DJI Neo dilengkapi bateri berkapasiti 1,435mAh dengan waktu operasi sehingga 18 minit bergantung kepada keadaan angin. Dalam Sport mode, ia boleh terbang sepantas hampir 60km/j tapi dalam mode biasa, kelajuan dihadkan kepada bawah 30km/j.

Untuk waktu operasi yang lebih panjang, Fly More Combo berikan anda sejumlah 3 unit bateri dengan pengecas 60W untuk mengisi bateri sepantas mungkin.

Harga DJI Neo di Malaysia

DJI Neo dilihat sudahpun disenaraikan di laman Shopee. Harga untuk DJI Neo (dron sahaja) adalah RM861. Fly More Combo juga ditawarkan pada harga RM1,521 yang mengandungi perkaran tambahan seperti:

  • 2 tambahan DJI Neo Intelligent Flight Battery
  • DJI Neo Two-Way Charging Hub
  • DJI RC-N3
  • DJI RC-N3 RC Cable

Anda boleh layari laman rasmi DJI Neo untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji neo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DJI Neo drone video 4K harga bawah RM900, termurah dan terkompak

DJI Neo drone video 4K harga bawah RM900, termurah dan terkompak

6 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER