• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 9s Pro kini tersedia dalam warna Frost baharu, diskaun RM500 untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:27 pm
  • 06/09/2024
  • Komen
RedMagic 9s Pro kini tersedia dalam warna Frost baharu, diskaun RM500 untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sebulan lebih RedMagic 9s Pro dilancarkan, kini RedMagic telah mengumumkan pula ketibaan warna edisi terhad baharu untuk telefon gaming terkini mereka, iaitu berwarna putih Frost. Ia adalah warna putih dengan panel belakang bukan lut sinar. Warna baharu ini menyertai tiga lagi warna sedia ada iaitu Sleet, Cyclone dan Snowfall.

Promosi RedMagic 9s Pro berwarna Frost semasa kempen 9.9

Untuk meraikan pelancaran warna edisi terhad ini, RedMagic turut menyediakan promosi eksklusif semasa kempen 9.9 yang akan mereka adakan. Bermula jam 8 malam pada 8 September hingga jam 11:59 pada 11 September, RedMagic akan menawarkan diskaun RM500, menjadikan varian berwarna Frost ini boleh dibeli pada harga RM3,299 untuk RAM 12GB dan storan 256GB.



Promosi terhad RedMagic 9s Pro dalam warna Frost terbaharu ini boleh didapatkan melalui stor rasmi RedMagic di Lazada dan Shopee.

Ini bermakna warna Frost memiliki tanda harga RM3,799 tanpa diskaun. Sebagai perbandingan, ia mahal RM100 berbanding warna Sleet yang juga memiliki panel belakang bukan lut sinar dengan konfigurasi RAM dan storan yang sama. Untuk rujukan anda, berikut adalah harga untuk tiga warna yang diperkenalkan sebelum ini:



  • Redmagic 9s Pro Sleet (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • Redmagic 9s Pro Cyclone (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499
  • Redmagic 9s Pro Snowfall (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499

Spesifikasi Redmagic 9s Pro

Berkenaan spesifikasi, cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version digunakan pada model baru ini. Ia memiliki CPU dengan kelajuan dipertingkat ke 3.4Ghz, dan kelajuan GPU dinaikkan kepada 1Ghz. Di samping itu, ia menggunakan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 sehingga 512GB.

Sistem penyejukan turut dinaiktaraf kepada ICE 13.5. Ia kini menggunakan gel penyejukan baru bersama 10 lapisan bahan penyebar haba, menurunkan suhu sehingga 19.5°. Kipas penyejuk juga masih ada di dalamnya, berputar sepantas 22,000rpm dan sangat senyap hanya 4dB. Ia juga dihiasi lampu RGB yang boleh diubahsuai kerlipannya.

Skrin Redmagic 9S Pro sangat terbaik untuk bermain game. Ia jenis OLED BOE Q9+ seluas 6.8-inci, beresolusi HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Kecerahan pula setinggi 1,600nits. Tetapi paling menarik, kamera hadapannya tersembunyi di sebalik skrin. Jadi tiada lubang kelihatan di atas skrin, memberikan rupa penuh skrin tanpa gangguan.

Kamera hadapan yang tersembunyi di sebalik skrin menggunakan sensor 16MP. Di belakang, ia masih kekal dengan dua kamera iaitu kamera utama 50MP menggunakan sensor Samsung JN5 dan OIS, serta kamera ultra lebar 50MP dengan sensor Samsung JN1.

Bermain game juga boleh tahan lebih lama di RedMagic 9s Pro kerana ia dilengkapi bateri sebesar 6,500mAh. Mengecas juga pantas, dengan sokongan pengecasan 80W. Ia boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 35 minit sahaja.

Sistem bunyi stereo diuruskan menerusi dua pembesar suara linear 1115K tetapi menembak ke tepi. Ia menyokong teknologi Snapdragon Sound dan DTS:X Ultra. Jika perlu sambungan berwayar, jek audio 3.5mm turut disediakan.

Perkara terpenting sudah pasti adalah butang bahu, yang menambah pengalaman bermain lebih hebat. Telefon ini juga dihiasi dengan rekaan ala Cyberpunk dan beberapa garis lampu RGB untuk meningkatkan lagi keseronokan bermain game.

Sistem operasi Android 14 digunakan, dilapisi antaramuka REDMAGIC OS 9.5. Ia juga hadir dengan perisian Game Space yang dikuasakan pembantu AI untuk mengenal pasti permainan dan menyediakan tetapan terbaik untuknya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmagic 9s Pro.

Bacaan berkaitan

  • Redmagic 9S Pro, telefon gaming terhebat kini lebih hebat, dari RM3,199 untuk masa terhad
  • Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming
  • [REVIU] Redmagic 9 Pro: Telefon gaming terbaik tahun ini dengan kipas RGB, kamera masih hauk
Tags: RedMagicRedmagic 9s ProRedMagic Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

RedMagic 9s Pro kini tersedia dalam warna Frost baharu, diskaun RM500 untuk masa terhad

RedMagic 9s Pro kini tersedia dalam warna Frost baharu, diskaun RM500 untuk masa terhad

6 September 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER