• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmagic 9S Pro, telefon gaming terhebat kini lebih hebat, dari RM3,199 untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 11:34 am
  • 23/07/2024
  • Komen
Redmagic 9S Pro, telefon gaming terhebat kini lebih hebat, dari RM3,199 untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Redmagic, pengeluar telefon pintar gaming terbaik di dunia telah melancarkan model terbaik mereka dengan prestasi dipertingkat. Redmagic 9s Pro. Ini adalah telefon pintar gaming yang serupa dengan Redmagic 9 Pro, tetapi dinaik taraf dengan cip lebih pantas serta sistem penyejukan lebih baik.

Telefon Redmagic 9s Pro mengekalkan perkara yang sangat diperlukan oleh peminat gaming tegar, seperti skrin penuh tanpa lubang, bateri besar tahan lama, pengecasan pantas, kipas penyejuk aktif serta lampu RGB berkelip-kelip.



Harga, Ketersediaan dan Promosi

Di Malaysia, mereka yang berminat untuk membeli Redmagic 9s Pro boleh berbuat demikian mulai hari Khamis, 25 Julai 2024. Sama seperti model sebelum ini, terdapat tiga warna dan varian akan dijual di Malaysia iaitu:

Cyclone, Snowfall dan Sleet
  • Redmagic 9s Pro Sleet (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • Redmagic 9s Pro Cyclone (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499
  • Redmagic 9s Pro Snowfall (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499

Redmagic 9s Pro akan terdapat di Stor Rasmi Redmagic Malaysia di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Terdapat promosi pembelian awal disediakan oleh Redmagic Malaysia. Dari 25 Julai hingga 8 Ogos 2024, mana-mana pembelian Redmagic 9s Pro akan menerima diskaun RM500 serta kipas penyejuk REDMAGIC VC Cooler 5 Pro (bernilai RM249). Dalam promosi ini, harga untuk varian Sleet menjadi RM3,199. Manakala varian Snowfall dan Cyclone adalah RM3,999.

Spesifikasi Redmagic 9s Pro

Cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version digunakan pada model baru ini. Ia memiliki CPU dengan kelajuan dipertingkat ke 3.4Ghz, dan kelajuan GPU dinaikkan kepada 1Ghz. Di samping itu, ia menggunakan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 sehingga 512GB.

Sistem penyejukan turut dinaiktaraf kepada ICE 13.5. Ia kini menggunakan gel penyejukan baru bersama 10 lapisan bahan penyebar haba, menurunkan suhu sehingga 19.5°. Kipas penyejuk juga masih ada di dalamnya, berputar sepantas 22,000rpm dan sangat senyap hanya 4dB. Ia juga dihiasi lampu RGB yang boleh diubahsuai kerlipannya.

Skrin Redmagic 9S Pro sangat terbaik untuk bermain game. Ia jenis OLED BOE Q9+ seluas 6.8-inci, beresolusi HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Kecerahan pula setinggi 1,600nits. Tetapi paling menarik, kamera hadapannya tersembunyi di sebalik skrin. Jadi tiada lubang kelihatan di atas skrin, memberikan rupa penuh skrin tanpa gangguan.

Kamera hadapan yang tersembunyi di sebalik skrin menggunakan sensor 16MP. Di belakang, ia masih kekal dengan dua kamera iaitu kamera utama 50MP menggunakan sensor Samsung JN5 dan OIS, serta kamera ultra lebar 50MP dengan sensor Samsung JN1.

Bermain game juga boleh tahan lebih lama di RedMagic 9s Pro kerana ia dilengkapi bateri sebesar 6,500mAh. Mengecas juga pantas, dengan sokongan pengecasan 80W. Ia boleh mengecas dari 0-100% dalam masa 35 minit sahaja.

Sistem bunyi stereo diuruskan menerusi dua pembesar suara linear 1115K tetapi menembak ke tepi. Ia menyokong teknologi Snapdragon Sound dan DTS:X Ultra. Jika perlu sambungan berwayar, jek audio 3.5mm turut disediakan.

Perkara terpenting sudah pasti adalah butang bahu, yang menambah pengalaman bermain lebih hebat. Telefon ini juga dihiasi dengan rekaan ala Cyberpunk dan beberapa garis lampu RGB untuk meningkatkan lagi keseronokan bermain game.

Sistem operasi Android 14 digunakan, dilapisi antaramuka REDMAGIC OS 9.5. Ia juga hadir dengan perisian Game Space yang dikuasakan pembantu AI untuk mengenal pasti permainan dan menyediakan tetapan terbaik untuknya. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmagic 9s Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming
  • [REVIU] Redmagic 9 Pro: Telefon gaming terbaik tahun ini dengan kipas RGB, kamera masih hauk
  • RedMagic 9 Pro: Telefon gaming idaman dengan kamera rata dan bateri paling besar
Tags: RedMagicRedmagic 9s Protelefontelefon gaming
Najib

Najib

POPULAR

Redmagic 9S Pro, telefon gaming terhebat kini lebih hebat, dari RM3,199 untuk masa terhad

Redmagic 9S Pro, telefon gaming terhebat kini lebih hebat, dari RM3,199 untuk masa terhad

23 July 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER