• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

BYD Seal Dynamic: Ini Sedan elektrik paling mampu milik di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:12 pm
  • 07/09/2024
  • Komen
BYD Seal Dynamic: Ini Sedan elektrik paling mampu milik di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Di pameran Sime Darby Motors Automania 2024, BYD telah mengumumkan varian terbaharu BYD Seal. Ia adalah varian ketiga dan yang termurah dalam keluarga BYD Seal lantas meletakkannya sebagai sedan elektrik paling mampu milik di Malaysia buat masa ini.

Harga BYD Seal di Malaysia

Varian terbaharu yang dilancarkan ialah BYD Seal Dynamic RWD dan ia ditawarkan pada harga RM163,800.



Sebagai perbandingan, varian lebih tinggi iaitu BYD Seal Premium RWD dijual pada harga RM179,800 sementara varian tertinggi iaitu BYD Seal Performance AWD dijual pad aharga RM199,800.

Setiap BYD Seal ini dilindungi jaminan seperti berikut



  • 6 years/150,000km vehicle warranty
  • 8 years/150,000km high voltage battery warranty
  • 8 years/150,000km drive unit warranty

Buat 100 pembeli terawal varian Dynamic RWD, anda akan menerima Wall Box Home Charger secara percuma.

Seperti yang dikatakan tadi, BYD Seal Dynamic RWD adalah sedan elektrik paling mampu milik, pesaing terhampirnya adalah GWM Ora 07 berharga RM169,800. Tidak sekadar mampu milik, disebabkan output motornya adalah 150kW, cukai jalan yang dikenakan ke atasnya adalah RM160 sahaja berbanding RM335 varian Premium RWD (230kW) dan RM965 untuk Performance AWD (390kW).

Spesifikasi BYD Seal Dyamic RWD

BYD Seal Dyanmic RWD mempunyai ouput kuasa terendah dalam keluarga BYD Seal. Ia adalah sedan elektrik pacuan roda belakang dengan motor 150kW (201hp) serta tork setinggi 310Nm. Angka ini mirip output motor elektrik BYD Atto 3 Extended Range dan juga BYD Dolphin.

Kapasiti bateri varian paling mampu milik ini juga lebih kecil. Pada 61.44kW, ia 26% lebih kecil beranding bateri 82.56kWh varian Permium RWD dan Performance AWD. Ia diterjemah kepada jarak kembara lebih pendek iaitu 460km (WLTP). Apabila perlu dicas, ia mampu terima arus DC pada paras 110kW dan AC pada paras 7kW. Sebagai perbandingan, varian yang lebih mahal terima arus DC sehingga 150kW dan AC 7kW.

Dari jauh, cara untuk bezakan varian Dynamic dengan dua varian yang lebih premium adalah saiz tayar. BYD Seal Dynamic RWD dilengkapi roda bersaiz 18” manakala dua saudaranya yang lain diberikan roda bersaiz 19”.

Tags: automotifBYDbyd sealEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BYD Seal Dynamic: Ini Sedan elektrik paling mampu milik di Malaysia

BYD Seal Dynamic: Ini Sedan elektrik paling mampu milik di Malaysia

7 September 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN