• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna Google Lens sewaktu tonton Emily in Paris di Netflix dan lihat hasilnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:45 pm
  • 14/09/2024
  • Komen
Guna Google Lens sewaktu tonton Emily in Paris di Netflix dan lihat hasilnya
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui satu kerjasama antara Netflix dan Google, peminat Emily in Paris boleh beli-belah fesyen yang serupa dalam siri TV itu menerusi Google Lens. Ia mendemonstrasikan bagaimana industri penyiaran boleh berintegrasi bersama e-perniagaan untuk beroleh sesuatu yang unik dan segar.

Integrasi Google Lens dalam Emily in Paris

Emily in Paris musim ke-4 baru sahaja bersiaran dalam bulan Ogos 2024 yang lalu dengan separuh kedua musim itu bersambung pada September 2024. Sewaktu menonton, Google Lens boleh anda gunakan untuk mengimbas baju-baju cantik yang dipakai Emily Cooper. Ciri ini ada untuk semua pengguna termasuklah pelanggan pakej Netflix beriklan.



Iklan dengan pautan pembelian langsung

Dalam pelan Netflix beriklan, pause akan diselitkan di beberapa babak untuk iklan disiarkan. Apabila ia berlaku, penonton boleh mengangkat telefon dan lancarkan Google Lens lantas dibawa ke halaman yang menjual pakaian yang lebih kurang sama dengan yang dipakai dalam babak, sedia untuk dibeli. Ini adalah kali pertama Netflix memperkenalkan iklan jenis pause untuk beri peluang kepada pengguna berinteraksi dengan iklan.

Iklan khas bertemakan Emily in Paris

Pengguna pelan beriklan juga akan disiarkan iklan pendek khas sepanajng 15 saat. Dalam iklan tersebut, Lily Collins yang memegang watak sebagai Emily Cooper mendemonstrasikan bagaimana cara menggunakan Google Lens untuk memburu fesyen-fesyen dalam siri tersebut.



Bilangan pelanggan pelan Netflix beriklan naik 34%

Dalam laporan kewangan Q2 Netflix, mereka melaporkan yang langganan pelan beriklan meningkat 34% berbanding tahun lepas. Kini, 45% pelanggan Netflix berada di bawah pelan beriklan yang menjadikan jumlah keseluruhan pelanggan berbayar Netflix menjadi 278 juta. Tidak hairanlah mereka mengambil langkah agresif untuk memanfaatkan potensi pengkomersialan yang mereka ada.

Sumber: Netflix

Tags: emily in parisGoogleNetflix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Guna Google Lens sewaktu tonton Emily in Paris di Netflix dan lihat hasilnya

Guna Google Lens sewaktu tonton Emily in Paris di Netflix dan lihat hasilnya

14 September 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN