• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PlayStation 5 Pro akan masuki Malaysia 7 November pada harga RM3,849

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:20 pm
  • 25/09/2024
  • Komen
PlayStation 5 Pro akan masuki Malaysia 7 November pada harga RM3,849
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation 5 Pro sudah diumumkan oleh Sony pada 11 September lalu dan ia akan tiba ke pasaran Malaysia pada bulan November nanti. Perkara ini disahkan oleh Sony melalui laman blog PlayStation dan Sony juga telah mengumumkan tarikh tempahal awal bagi peminat Malaysia yang mahu mendapatkan PS5 Pro.

Untuk lebih spesifik, PS5 Pro akan memasuki pasaran Malaysia pada 7 November 2024. Tempahan awal PS5 Pro akan dibuka mulai 26 September ini dan ia boleh ditempah melalui pengedar sah PlayStation di seluruh negara. Ini juga bermakna, tarikh penjualan dan pratempah di Malaysia adalah sama dengan empat lagi pasaran lain iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Jepun.



Harga PS5 Pro di Malaysia jauh lebih mahal

Dalam masa sama, Sony juga telah mendedahkan PS5 Pro di Malaysia. Ia akan dijual pada harga RM3,849. Sebagai perbandingan, PS5 Disc Slim yang dilancarkan pada Februari tahun ini berharga RM2,499, manakala PS5 Digital Slim pula berharga RM2,069.

Kalau bandingkan dengan Singapura, harga PS5 Pro Malaysia adalah RM400 lebih mahal kerana PS5 Pro dijual di Singapura pada harga SGD1,069 (~RM3,456).



Bukan sahaja di Singapura, PS5 Pro di Malaysia juga lebih mahal berbanding pasaran Amerika Syarikat dan Jepun, yang masing-masing dijual pada harga USD699.99 (~RM2,917) dan JPY119,980 (~RM3,475). Bagaimanapun, harga PS5 Pro di Malaysia berada dalam lingkungan sama dengan pasaran UK yang dijual pada harga GBP699.99 (RM3,895) dan Eropah pada harga EU799.99 (~RM3,707).

Perlu untuk ditekankan yang PS5 Pro tidak didatangkan dengan pemacu Blu-Ray untuk bolehkan anda bermain menggunakan CD Blu-ray PS5 ataupun PS4. Namun, anda ada pilihan untuk mendapatkan Disc Drive PS5 secara berasingan dan ia serasi digunakan dengan PS5 Pro. Disc Drive PS5 boleh didapatkan pada harga RM529.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Gamers kecewa dengan pengumuman PS5 Pro, ini sebabnya
  • PlayStation Portal lebih pada gaya berbanding kepraktikalan?
  • PUMA X PLAYSTATION: Koleksi bergaya gabungan permainan dalam fesyen
Tags: PlayStation 5 ProSonySony Malaysiasony playstationsony playstation 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

PlayStation 5 Pro akan masuki Malaysia 7 November pada harga RM3,849

PlayStation 5 Pro akan masuki Malaysia 7 November pada harga RM3,849

25 September 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN