• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disney+ mula banteras amalan kongsi kata laluan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:08 am
  • 26/09/2024
  • Komen
Disney+ mula banteras amalan kongsi kata laluan
Share on FacebookShare on Twitter

Disney+ dilapor mula menggerakkan inisiatif mengehadkan amalan perkongsikan kata laluan akaun penstriman apabila mereka memperkenalkan program baharu yang dinamakan Paid Sharing. Ia sedang dikuat kuasakan di Amerika Syarikat, Costa Rica, Guatemala, Eropah, dan di rantau Asia Pasifik. Seperti Netflix, lambat laun, ia pastinya akan meliputi Disney+ Hotstar yang beroperasi dalam dalam pasaran Malaysia.

Disney+ dan Disney+ Hotstar adalah dua jenama yang berbeza tapi berada di bawah payung yang sama. Disney+ Hotstar beroperasi dalam pasaran India, Malaysia, Indonesia, dan Thailand dengan penawaran kandungan lebih pelbagai dan tidak terhad kepada kandungan asli daripada core brands Disney.



Jadi di Disney+ Hotstar, pelanggan boleh menemui kandungan seperti filem-filem tempatan malahan untuk pasaran India, siaran langsung sukan kriket juga ditawarkan.

Disney+ Paid Sharing: Perkara yang perlu anda tahu

Berbalik kepada program Paid Sharing Disney+, ia adalah ciri yang membolehkan akaun Disney+ digunakan diluar isi rumah. Apabila melanggan Paid Sharing, pemilik akaun boleh menambah 1 akaun Extra Member pada harga USD6.99 (Disney+ Basic) ataupun USD9.99 (Disney+ Premium). Hanya 1 akaun tambahan sahaja boleh diwujudkan untuk setiap akaun.



Inisiatif ini sama seperti apa yang diamalkan Netflix di Malaysia sekarang. Pelanggan pelan Netflix Standard dan Netflix Premium boleh menambah satu akaun tambahan pada harga RM13/bulan.

Menurut laman FAQ Disney+, akaun penstriman pelanggan masih boleh digunakan di luar isi rumah. Apabila melog masuk, sistem akan mengenal pasti lokasi asing tempat akaun dilog masuk. Jadi, ia akan berikan pemakluman yang “This TV doesn’t seem to be part of the Houshold for this account.”. Anda sama ada boleh tekan pilihan “I’m away from home”, ataupun “Update Household” sekiranya anda beru berpindah ke tempat baharu.

Sekali lagi, ia mirip dengan amalan Netflix yang mengenal pasti log masuk mengguna pakai alamat IP Household.

Harga Disney+ Hotstar di Malaysia

Tak seperti Netflix, Disney+ Hotstar ada langganan sehingga tahunan dan sukuan selain daripada langganan bulanan. Berikut adalah senarai pelan Disney+ Hotstar yang boleh dilanggan di Malaysia:

  • Disney+ Hotstar Annual Basic Plan pada RM214.90/tahun
  • Disney+ Hotstar Annual Premium Plan pada RM289.90/tahun
  • Disney+ Hotstar Monthly Basic Plan pada RM24.90/bulan
  • Disney+ Hotstar Monthly Premium Plan pada RM39.90/bulan
  • Disney+ Hotstar Quarterly Premium Plan pada RM79.90/suku

Tidak lain dan tidak bukan, ini pastinya salah satu langkah daripada Disney+ Hotstar untuk memaksimumkan perolehan syarikat. Penyedia perkhidmatan penstriman itu melaporkan yang suku ke-3 tahun 2024, walaupun pelanggan berbayar Disney+ sebanyak 800 ribu sahaja, daripada 54.0 juta kepada 54.8 juta, perolehan servis itu turun sebanyak 3% daripada USD8.00 juta kepada USD7.74 juta.

Anda boleh meneliti laporan kewangan suku-3 2024 The Walt Disney Company untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Sumber: The Walt Disney Company

Tags: DisneyDisney PlusDisney Plus Hotstardisney plus hotstar malaysiaDisney+ Hotstar Malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Disney+ mula banteras amalan kongsi kata laluan

Disney+ mula banteras amalan kongsi kata laluan

26 September 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER