• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet ini ada paparan lebih baik daripada iPad Pro M4, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 26/09/2024
  • Komen
Tablet ini ada paparan lebih baik daripada iPad Pro M4, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei hari ini mengumumkan sebuah tablet berkelas flagship untuk pasaran Malaysia. MatePad Pro 12.2” tampil dengan pelbagai komponen berspesifikasi tinggi seperti panel Tandem OLED berkecerahan tinggi, kemasan paparan yang berikan pengalaman menulis seperti kertas sebenar, sistem speaker 8 pemacu, dan sistem pengecasan tablet antara terpantas dalam pasaran.

Harga MatePad Pro 12.2”

Huawei MatePad Pro 12.2” telah dibuka tempahan untuk yang berminat, sehingga 11 Oktober 2024. Harga jualan MatePad Pro ini adalah RM4,599 dan promo pembelian awal merangkumi pemberian aksesori seperti Huawei Glide Keyboard, M-Pencil (3rd Gen), dan Huawei Bluetooth Mouse pada nilai berjumlah RM1,847.



Anda boleh pergi ke HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, atau HUAWEI Flagship Store di Lazada untuk lakukan tempahan awal.

Spesifikasi MatePad Pro 12.2”

MatePad Pro 12.2” mempunyai paparan Tandem OLED beresolusi 2800 x 1840 (3:2) berkadar segar semula 144Hz. Panel ini boleh mencapai kecerahan puncak sehingga 2,000 nits, antara yang tertinggi dalam kalangan tablet dalam pasaran masa ini.



Sebagai perbandingan, iPad Pro M4 (2024) turut menggunakan panel Tandem OLED namun kecerahannya dan kadar segar semula lebih rendah, masing-masing pada 1,400 nits dan 120Hz.

Untuk pasaran global, terdapat dua varian MatePad Pro boleh anda dapatkan bergantung kepada kemasan panel paparan. Satu adalah yang menggunakan kemasan PaperMatte dan satu lagi kemasan. Untuk pasaran Malaysia, kita beroleh hanya varian PaperMatte.

Kemasan PaperMatte mempunyai kelebihan pada segi ia kurang memantulkan cahaya daripada luar dan sudut pandang paparan ini katanya sangat baik. Kemasan PaperMatte juga berikan pengalaman menulis yang lebih. Menggunakan stailus yang hadir bersama-sama tablet, pengguna boleh rasakan geseran seperti menulis atas kertas sebenar.

Bersama-sama panel paparan itu, Huawei turut memperlengkap tablet ini dengan sistem audio kuadspeaker yang setiap satu terdiri daripada dua pemacu audio. Katanya juga, tablet ini mempunyai kebuk akustik yang besar untuk berikan kualiti bunyi yang baik.

Huawei tidak pula mengumumkan apa jenis SoC yang terpateri atas papan utama MatePad Pro 12.2” namun SoC itu digandingan bersama RAM 12GB dan storan sama ada 256GB or 512GB.

Sejurus keluar kotak, tablet ini menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2 dan seperti biasa, tiada sebarang servis Google pada tablet ini.

Sistem bateri yang besar hadir pada MatePad Pro 12.2” ini. Ia ada tangki bateri 10,100mAh dan bukan itu sahaja, ia juga boleh dicas pantas 100W menggunakan teknologi Huawei SuperCharge. Tentunya ini adalah tablet yang mempunyai sistem pengecasan antara paling pantas dalam pasaran.

Tags: Huaweihuawei matepadHuawei matepad 12.2papermatte
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tablet ini ada paparan lebih baik daripada iPad Pro M4, ini sebabnya

Tablet ini ada paparan lebih baik daripada iPad Pro M4, ini sebabnya

26 September 2024
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN