• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Hot 50i, banyak naik taraf pada harga lebih murah bermula RM399

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:14 pm
  • 27/09/2024
  • Komen
Infinix Hot 50i, banyak naik taraf pada harga lebih murah bermula RM399
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping melancarkan Smart 9, Infinix Malaysia juga telah memperkenalkan telefon pintar terbaru dalam siri Hot, iaitu Hot 50i untuk pasaran tempatan. Walaupun merupakan telefon mampu milik dalam siri Hot, ia masih didatangkan dengan spesifikasi mencukupi untuk kegunaan harian dengan diberikan beberapa peningkatan berbanding Hot 40i terdahulu, tetapi yang menariknya pada harga lebih murah.

Harga dan ketersediaan Infinix Hot 50i di Malaysia

Sebanyak dua varian yang disediakan untuk Infinix Hot 50i dengan ada pilihan storan lebih kecil berbanding generasi sebelumnya. Harga rasmi Hot 50i di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Infinix Hot 50i (RAM 4GB dan storan 256GB) – RM469
  • Infinix Hot 50i (RAM 4GB dan storan 128GB) – RM399

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Hot 50i terbaru ini stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok. Walaupun lebih murah, kapasiti RAM Hot 50i kini dilihat dua kali ganda lagi kecil daripada Hot 40i. Sebagai perbandingan, Hot 40i dilancarkan pada harga RM549 untuk konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB.

Spesifikasi Infinix Hot 50i

Spesifikasi Infinix Hot 50i dilihat tidak jauh berbeza dengan Smart 9. Malah kedua-duanya berkongsi rekaan yang seakan sama cuma dengan kemasan berlainan dan modul kamera yang sedikit berkotak. Daripada segi dimensi, Hot 50i memiliki badan nipis berukuran 8.1mm dengan berat hanya 184g. Ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan hijau.



Hot 50i didatangkan dengan skrin berukuran 6.7-inci sama seperti Smart 9, tetapi lebih besar daripada 6.56-inci di Hot 40i. Panel paparan Hot 50i masih jenis LCD dengan resolusi HD 720p, tetapi kini sokong kadar penyegaran lebih pantas 120Hz berbanding 90Hz pada generasi sebelumnya dan ada kecerahan puncak 500 nits. Terdapat juga lubang kecil di tengah dahi skrin yang boleh memaparkan maklumat tambahan menerusi ciri Dynamic Bar.

Di dalam, Hot 50i diperkasa cip MediaTek Helio G81, cip yang sama digunakan pada Smart 9 dan adalah naik taraf daripada Unisoc T0606 yang digunakan di model sebelum ini. Cip itu dipadankan dengan RAM 4GB dan storan sehingga 256GB. Slot kad mikro-SD juga tersedia sekiranya storan dalaman tidak mencukupi.

Komponen telefon dihidupkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan 18W USB-C, sedikit lagi pantas daripada 10W di Smart 9. Untuk pengimejan, ia ada satu buah kamera dibelakang yang menggunakan sensor 48MP F1.79 dan kamera hadapan 8MP F2.0. Kedua-dua kamera mampu merakam pada resolusi 1080p 30fps.

Sistem bunyi yang digunakan adalah stereo dengan kelantangan kuat mencecah 300%. Selain itu, Hot 50i turut menyokong sambungan WiFi 5, Bluetooth 5.3, NFC, 4G serta ada pengimbas cap jari di butang kuasa.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman produk Infinix Hot 50i.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i dilancar, harga lebih mahal dengan storan besar
  • Infinix Smart 9 kini rasmi di Malaysia, telefon termurah ada skrin 120Hz dan speaker stereo
  • Infinix Smart 9 dilancar dengan skrin 120Hz dan speaker stereo, harga Malaysia bawah RM300?
Tags: InfinixInfinix Hot 50iInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Hot 50i, banyak naik taraf pada harga lebih murah bermula RM399

Infinix Hot 50i, banyak naik taraf pada harga lebih murah bermula RM399

27 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER