• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic Nova: Tablet gaming berkipas, Snapdragon 8 Gen 3 dan skrin 144Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:58 pm
  • 27/09/2024
  • Komen
RedMagic Nova: Tablet gaming berkipas, Snapdragon 8 Gen 3 dan skrin 144Hz
Share on FacebookShare on Twitter

RedMagic, jenama gaming di bawah ZTE hari ini telah melancarkan peranti terbaru mereka, iaitu RedMagic Nova. Ia merupakan tablet pertama RedMagic dan seperti peranti RedMagic lain, tablet gaming Nova ini didatangkan dengan perkakasan bertaraf flagship termasuk cip Qualcomm terhebat setakat ini dan sistem penyejukan dengan kipas terbina.

Harga dan ketersediaan RedMagic Nova

Tablet RedMagic Nova diperkenalkan dalam dua varian sama ada dengan konfigurasi RAM 12GB dan storan 256GB atau RAM 16GB dan storan 512GB pada harga bermula GBP439 (~RM2,424).



Tempahan awal untuk RedMagic Nova akan dibuka bermula 7 Oktober 2024 dan ia akan dijual secara rasmi di kebanyakan negara mulai 16 Oktober 2024, termasuklah di pasaran Malaysia. Sewaktu artikel ini ditulis, harga rasminya di Malaysia masih lagi belum didedahkan. Jika ada kami akan kemas kini semula artikel ini.

Spesifikasi RedMagic Nova

RedMagic Nova adalah sebuah tablet gaming yang dilengkapi perkakasan terbaik bersama-sama dengan rekaan futuristik. Badannya diperbuat daripada bahan aluminium, serta hadir dengan reka bentuk separa lut sinar yang menggunakan kaca aluminosilicate sepanjang bahagian bawah modul kameranya. Keseluruhan badannya memiliki berat 520g dan tebal berukuran 7.3mm.



Di hadapan, tablet ini ada skrin LCD berukuran 10.9-inci 2.8K menggunakan nisbah 16:9, serta sokong kadar penyegaran 144Hz dan kadar pensampelan sentuh setinggi 840Hz. Panel paparannya turut memaparkan tahap cahaya biru rendah kerana memenuhi piawaian SGS-certified.

Prestasi tinggi RedMagic Nova ini disediakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition, iaitu cip yang sama ada di telefon gaming RedMagic 9S Pro. Cip tersebut memiliki teras CPU dengan kelajuan sehingga 3.4GHz dan GPU Adreno 750 berkelajuan 1GHz. Selain itu, RedMagic turut memadankan cip itu dengan RAM LPDD5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 sebesar 512GB.

Untuk memastikan penyejukan yang efisien, tablet ini turut menampilkan kipas RGB terbina yang mampu berputar pada kelajuan 20,000rpm. Tambah baik ia juga dilengkapi sistem penyejukan 9 lapisan, berupaya menurunkan suhu sehingga 25°. Sistem penyejukan ini terdiri daripada saluran paip peraliran haba, bahan pelesapan aloi di bawah skrin, bahan graphene sebagai superkonduktor dan banyak lagi, di samping kipas terbinanya.

Bahagian pengimejan tablet ini menampilkan kamera 50MP di belakang dan kamera 20MP di depan. Untuk tenaga, bateri berkapasiti 10,100mAh dimuatkan dalam tablet yang menurut RedMagic dapat menawarkan masa gaming sehingga 10 jam. Jika kehabisan bateri, tablet boleh dicas dengan kuasa 80W melalui USB-C.

Bunyi tablet dikeluarkan oleh sistem kuadspeaker dengan teknologi DTS:X Ultra, namun tiada jek audio 3.5mm disediakan untuk sambungan audio berwayar. Sebagai peranti RedMagic, perisian gaming Game Space 9.0 turut ada pada tablet untuk benarkan pengguna mengubah atau mengawal prestasi tablet.

Selain itu, tablet ini juga ada sokongan NFC, pengimbas cap jari di butang kuasa dan didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu perak dan hitam.

Bacaan berkaitan

  • Redmagic 9S Pro, telefon gaming terhebat kini lebih hebat, dari RM3,199 untuk masa terhad
  • Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming
  • [REVIU] Redmagic 9 Pro: Telefon gaming terbaik tahun ini dengan kipas RGB, kamera masih hauk

Tags: NubiaRedMagicRedMagic NovatabletZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
RedMagic Nova: Tablet gaming berkipas, Snapdragon 8 Gen 3 dan skrin 144Hz

RedMagic Nova: Tablet gaming berkipas, Snapdragon 8 Gen 3 dan skrin 144Hz

27 September 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER