• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy Tab S10: Pertama kali Samsung guna Mediatek Dimensity pada tablet mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:43 am
  • 27/09/2024
  • Komen
Siri Galaxy Tab S10: Pertama kali Samsung guna Mediatek Dimensity pada tablet mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Galaxy S24 FE, Samsung turut mengumumkan dua tablet dalam keluarga Galaxy Tab S10 iaitu Galaxy Tab S10+ dan Galaxy Tab S10 Ultra. Menariknya pelancaran kali ini adalah ia tidak hadir dalam tiga varian pada tiga paras harga berbeza. Seperti biasa, fokus kali ini Samsung berikan kepada produktiviti diperkasa Galaxy AI.

Siri Galaxy Tab S10: Harga jualannya di Malaysia

Siri Galaxy Tab S10 dijual di Malaysia pada harga seperti berikut:



  • Galaxy Tab S10 Ultra 5G (12+256) – RM6,649
  • Galaxy Tab S10 Ultra Wi-Fi (12+256) – RM5,999
  • Galaxy Tab S10+ 5G (12+256) – RM5,249
  • Galaxy Tab S10+ Wi-Fi (12+256) – RM4,599

Kesemua tablet ini akan mula dijual di Malaysia bermula 3 Oktober ini. Promo pembelian awal akan mengepilkan Book Cover Keyboard Slim (AI Key) bernilai RM949 dan peluang untuk ada dapatkan rebat RM500 bila anda sertai program Instant Trade-in Rebate.

Siri Galaxy Tab S10: Selamat tinggal Snapdragon, selamat datang Dimensity

Kedua-dua Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ menggunakan cip pemproses Mediatek Dimensity 9300+. Ini adalah cip pesaing kepada Snapdragon 8 Gen 3 kerana mereka mengguna pakai penghasilan TSMC 4nm dan mempunyai 8 teras pemproses yang mengguna pakai gabungan teras hampir sama iaitu Cortex-X4 dan Cortex-A720.



Berbanding Galaxy Tab S9 Ultra yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 2, Samsung katakan yang cip baharu ini ada CPU 18% lebih pantas, prestasi GPU 28% lebiha baik, dan kecekapan NPU 14% lebih tinggi.

Bersama-sama cip Dimensity 9300+, Tab S10 Ultra dan Tab S10+ diberikan RAM 12GB dan storan 256GB, untuk pasaran Malaysia.

Siri Galaxy Tab S10: Skrin Dynamic AMOLED 2X sehingga 14.6”

Galaxy Tab S10 Ultra adalah sebuah tablet gergasi. Ia masih kekalkan ukuran skrin generasi sebelumnya iaitu pada 14.6” (2,960 x 1,848**)**. Panel paparan yang digunakannya adalah Dynamic AMOLED 2X dengan lapisan antipembiasan. Kadar segar semula skrin siri Galaxy Tab S10 adalah 120Hz. Panel yang sama juga digunakan pada Galaxy Tab S10+ namun saiznya sedikit kecil, pada 12.4” (2800 x 1752).

Bersama-sama dengan skrin AMOLED itu, Samsung mengenakan sistem kuadspeaker dengan ciri Dialogue Boost yang katanya memperkuat audio berkaitan pertuturan untuk jelas didengari oleh pengguna. Samsung mengatakan yang siri Galaxy Tab S10 ini 0.1mm lebih nipis dan 15g lebih ringan. Badan tablet ini diperbuat daripada materi Armor Aluminum dan mereka kalis debu dan air pada tahap IP68.

Siri Galaxy Tab S10: Bateri lebih 10,000mAh dan pengecasan 45W

Tab S10 Ultra ada sistem bateri berkapasiti paling besar pada paras 11,200mAh sementara tablet yang lebih kecil memiliki 10,090mAh. Apabila tangki tenaga perlu diisi, kedua-duanya menyokong protokol pengecasan 45W.

Pada segi ketersambungan, siri Galaxy Tab S10 ditawarkan dalam varian 5G sebagai pilihan. Sekiranya tak perlu, varian WiI-Fi sahaja juga ada untuk harga yang lebih murah. Perlu diingatkan yang untuk Wi-Fi, Galaxy Tab S10 Ultra menyokong sehingga Wi-Fi 7 manakala Wi-Fi 6E adalah untuk Galaxy Tab S10+, tidaklah diketahui kenapa sedangkan mereka gunakan cip pemproses yang sama.

Di bahagian pengimejan, konfigurasi kamera belakang adalah sama merentasi varian iaitu sistem dwikamera belakang dengan kombinasi kamera 13MP dan 8MP (ultralebar). Untuk kamera depan, mereka ada satu kamera ultralebar 12MP sementara Galaxy Tab S10 Ultra ada satu kamera 12MP tambahan.

Siri Galaxy Tab S10: Galaxy AI dan intergrasi ke dalam Smart Home

Ciri yang ingin diketengahkan Samsung pada siri Galaxy Tab S10 mereka kali ini adalah kekunci Galaxy AI yang terletak pada Book Cover Keyboard. Ia membolehkan pengguna mengakses fungsi AI seperti menulis prompt dengan pantas. Terdapat juga aplikasi-aplikasi berasaskan AI lain seperti Note Assist, Drawing Assist, dan penukaran tulisan tangan menjadi teks untuk menambah baik tahap produkviti pengguna.

Tablet juga boleh digunakan sebagai hab Smart Home untuk mengawal peranti-peranti IoT Smart Things. AI Energy Mode juga ada untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga untuk peranti Smart Things yang menyokongnya.

Anda boleh layari laman rasmi siri Galaxy Tab S10 untuk maklumat lanjut.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Galaxy Tab S10: Pertama kali Samsung guna Mediatek Dimensity pada tablet mereka

Siri Galaxy Tab S10: Pertama kali Samsung guna Mediatek Dimensity pada tablet mereka

27 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER