• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pecah tanah pusat data Elmina, tanda pelaburan mega Google

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:07 am
  • 02/10/2024
  • Komen
Pecah tanah pusat data Elmina, tanda pelaburan mega Google
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah menggerakkan inisiatif pelaburan besar-besaran di Malaysia, dimulakan dengan majlis pecah tanah pusat data bernilai USD 2 billion di Elmina Business Park, Selangor. Apabila beroperasi sepenuhnya kelak, ia akan menjajarkan malaysia untuk jadi peneraju teknologi AI dalam rantau ini. Dalam masa yang sama, ia turut dianggar akan menyumbang USD 3.2 billion kepada KDNK negara serta mewujudkan lebih 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Pusat data Google mesra alam

Pusat data Google yang sedang dibangunkan ini katanya mesra alam. Ia gunakan teknologi penyejukan yang canggih kerana mampu kurangkan penggunaan tenaga sebanyak 10% berbanding solusi biasa.



Google sebelum ini pernah katakan yang pusat data ini akan mengehoskan beberapa servis Google seperti Search, Mpas, dan Workspace disamping servis-servis berkaitan AI lain yang boleh dilanggan pihak ketiga. Perkara ini membolehkan syarikat-syarikat tempatan menikmati perkhidmatan Google yang lebih pantas dan rendah latensi apabila menggunakan Google Cloud dan Workspace.

Bercakap tentang mesra alam, Google juga mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan Global Environment Center dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memulihara Tasik Taman Aman pada segi meningkatkan kualiti air dan biodiversiti kawasan itu.



Google jalin usaha sama di dengan Dagang NeXchage Bhd.

Dalam majlis yang sama, Google turut mengumumkan usaha sama strategik dengan banyak syarikat tempatan. Salah satunya ialah Dagang NeXchange Bhd. untuk yang akan bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan data milik negara ini yang disimpan di awan. Usaha Google ini juga dilhat sejajar dengan Pelan Induk Industri Baharu 2030 (NIMP), yang mempunyai objektif untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar dengan pengintegrasikan komponen-komponen seperti AI, big data, dan machine learning.

Di sektor pendidikan, Google mengumumkan mereka menjadi rakan kepada program Future Skills For All (FS4A). Inisiatif ini ditubuhkan dalam tahun 2017 antara UNICEF, CelcomDigi, Kementerian Pendidikan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), dan Arus Academy.

Program ini menyediakan latihan yang mensasarkan pelajar tahun 5 hingga tingkatan 5 dan Google berhasaran untuk menaja 260 guru untuk beroleh sijil kemahiran melalui FS4A yang akhirnya membolehkan guru ini mengajar pula 61,000 pelajar disekitar selangor.

Google tawar Solar API untuk optimumkan pemasangan panel solar

Google juga menawarkan Solar API di Malaysia. Ia membantu pada segi pembangunan sistem solar atas bumbung pada segi rekaan dan pemasangan supaya tenaga yang optimum boleh diekstrak daripada cahaya matahari berpandukan pengiraan kedudukan matahari dan cakupan awan. Untuk tujuan tersebut, Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sudahpun mengguna pakai API ini dalam pengoperasian mereka.

Bacaan berkaitan

Gemini Live kini percuma untuk pengguna Android

Guna Google Lens sewaktu tonton Emily in Paris di Netflix dan lihat hasilnya

Kenapa anda wajib guna 2-Factor Authentication untuk keselamatan di Internet

Tags: Google
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Pecah tanah pusat data Elmina, tanda pelaburan mega Google

Pecah tanah pusat data Elmina, tanda pelaburan mega Google

2 October 2024
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER