• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oracle labur USD6.5 bilion untuk bina fasiliti awan di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:22 pm
  • 03/10/2024
  • Komen
Oracle labur USD6.5 bilion untuk bina fasiliti awan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oracle, syarikat teknologi terkemuka telah mengumumkan pelaburan besar berjumlah USD6.5 bilion (~RM27 bilion) untuk membangunkan fasiliti awan (cloud region) Oracle Cloud Infrastructure (OCI) di Malaysia. Fasiliti awan ini dikatakan bakal meningkatkan lagi infrastruktur AI di negara ini dan membenarkan beban kerja diproses melalui kemudahan platform awan OCI.

Jika dibangunkan nanti, Malaysia akan menjadi lokasi ke-12 di Asia Pasifik yang memiliki fasiliti awan OCI, menyertai negara lain seperti Australina, India, Jepun, Singaura dan Korea Selatan. Namun, Oracle tidak pula mendedahkan lokasi pengkalan data mereka serta garis masa pelancaran fasiliti awan mereka.



Kelebihan kewujudan fasiliti OCI di Malaysia

Dengan adanya fasiliti OCI di Malaysia, ia dapat menyediakan lebih daripada 150 perkhidmatan awan kepada pelanggan di Malaysia. Antara perkhidmatan yang ada termasuk Oracle Cloud VMware, OCI Generative AI Agents, OCI Kubernetes Engine, NVIDIA AI Enterprise, NVIDIA Omniverse, NVIDIA DGX Cloud.

Selain itu, kewujudan OCI di Malaysia turut akan memanfaatkan pengguna tempatan untuk mengakses OCI Supercluster yang dikatakan Oracle adalah superkomputer AI terbesar ada di perkhidmatan awan. OCI Supercluster ini mampu untuk menawarkan sehingga 131,072 unit NVIDIA Blackwell GPU melalui awan, menjumlahkan kuasa memproses AI sehingga 2.4 ZettaFLOPS.



Dalam masa sama, perkhidmatan awan Oracle turut akan memanfaatkan syarikat tempatan ataupun luar negara yang beroperasi dalam Malaysia dengan menyediakan akses berkependaman rendah ke atas perkhidmatan awan Oracle. Ini akan membolehkan pengguna menyimpan dan mengurus data mereka dengan lebih selamat.

Oracle salah satu syarikat teknologi besar melabur di Malaysia

Pengumuman Oracle ini adalah pelaburan besar terkini oleh syarikat teknologi yang melabur bilion ringgit untuk wujudkan pusat data dan infrastruktur di Malaysia. Sebelum ini, Google mengejutkan rakyat Malaysia dengan menggerakkan inisiatif pelaburan bernilai USD2 bilion (~RM8.4 bilion) untuk bina pusat data di Elmina, Sunga Buloh.

Selain Google, beberapa lagi syarikat teknologi besar seperti Amazon dan Microsoft turut mengumumkan pelaburan yang masing-masing bernilai USD6.2 bilion (~RM25.79 billion) and USD2.2 bilion (~RM9.15 billion) bagi mewujudkan infrastruktur di Malaysia. Sementara itu, kerjasama YTL dan NVIDIA juga telah memeterai perjanjian bernilai USD4.3 bilion (~RM17.88 bilion) juga untuk membina infrastruktur AI.

[Sumber: SoyaCincau, Oracle]

Tags: ociOCI MalaysiaoracleOracle Cloud InfrastructureOracle Cloud MalaysiaPusat Data Oracle
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oracle labur USD6.5 bilion untuk bina fasiliti awan di Malaysia

Oracle labur USD6.5 bilion untuk bina fasiliti awan di Malaysia

3 October 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN