• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro memperbaharui barisan kandungan sukan mereka, tiada lagi SuperSports

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:32 pm
  • 08/10/2024
  • Komen
Astro memperbaharui barisan kandungan sukan mereka, tiada lagi SuperSports
Share on FacebookShare on Twitter

Astro telah mengumumkan mereka bakal memperbaharui barisan kandungan sukan di platform mereka. Ini termasuk mengubah nama saluran kepada nama dan nombor saluran yang baharu. Menurut Astro, ia akan menawarkan pengalaman yang lebih mudah bagi menavigasi kandungan sukan di saluran sukan Astro dan perubahan ini akan dilakukan bermula 17 Oktober 2024.

Bagaimanapun, penawaran kandungan masih tidak berubah jadi sekiranya anda penonton tegar Premier League atau sukan Badminton, semuanya masih boleh ditonton di barisan kandungan Astro terbaharu ini. Astro turut menambah yang perubahan ini tidak akan memberikan impak pada langganan sedia ada.



Nama baharu saluran sukan Astro

Dengan pembaharuan ini, kelihatan Astro menyingkirkan nama Astro Supersport kepada nama saluran yang lebih spesifik untuk setiap sukan. Contohnya, saluran Astro SuperSport 1 & 2 akan digantikan kepada Astro Premier League 1 & 2 di saluran CH 811 dan CH812. Saluran ini akan menawakan semua perlawanan Premier League secara langsung atau ulangan.

Saluran sukan Astro baharu

Sementara itu, saluran Astro SuperSport 4 akan diubah kepada Astro Football di saluran CH 814 dan ia menyediakan kandungan bola sepak lain seperti Conmebol WC, AFC Qualifiers dan perlawanan persahabatan bola sepak antarabangsa. Saluran AstroSuperSports UHD turut akan menerapkan nama baharu, iaitu Astro Sports UHD, tetapi masih menawarkan kandungan beresolusi Ultra HD untuk sukan antarabangsa yang terpilih.



Saluran-saluran sukan Astro sedia ada

Saluran CH 810 (sekarang SPOTV2) akan diubah kepada Astro Grandstand yang menayangkan liputan utama sukan dunia termasuk Premier Leauge, UFC, NBA, BWF dan banyak lagi. Untuk saluran CH 815 (sekarang W-Sport) pula, ia akan digantikan kepada Astro Badminton iaitu saluran khusus untuk perlawanan langsung badminton di seluruh dunia.

Terdapat juga Astro Sports Plus baharu di saluran CH 817 (sekarang BeIN Sports 2) yang menyediakan kandungan sukan antarabangsa termasuk NBA, UFC, ONE FC, NASCAR dan banyak lagi.

Saluran-saluran suka lain seperti BeIn, SPOTV, Eurosport, W- Sport, WWE, NBC Golf, Premier Sports and Astro Cricket HD juga masih tersedia tetapi diberikan nombor saluran yang baharu bermula dari CH 20 hingga CH 833.

Bagi pelanggan saluran sukan sedia ada, langganan Sports Pack akan menawarkan akses penuh saluran penjenamaan baharu saluran sukan termasuk beIN SPORTS, SPOTV, Eurosport & W- Sports. Pelanggan Sports Lite akan mendapat akses kepada perlawanan sukan secara langsung di saluran Astro Grandstand, Astro Football serta Astro Sports Plus.

Untuk langganan Premier League pula, pelanggan akan peroleh saluran Premiere League bersama-sama dengan saluran Astro Football dan Astro Sports Plus.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Astro.

Bacaan berkaitan

  • Tonton semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Astro, Sooka dan NJOI mulai 17 Ogos
  • Layan sukan & Olimpik di Sooka lebih murah dengan Yes 5G, dari RM25/bulan
  • Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan
Tags: astroAstro ArenaAstro Premier LeagueAstro SuperSportsbeINSPOTVsukan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Astro memperbaharui barisan kandungan sukan mereka, tiada lagi SuperSports

Astro memperbaharui barisan kandungan sukan mereka, tiada lagi SuperSports

8 October 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN