• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Tempahan Apple Watch Series 10 Malaysia dibuka, penghantaran seawal 14 Oktober 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:15 am
  • 10/10/2024
  • Komen
Tempahan Apple Watch Series 10 Malaysia dibuka, penghantaran seawal 14 Oktober 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas iPhone 16 di Malaysia, kini giliran Apple Watch Series 10 pula masuki pasaran Malaysia. Tempahan awal untuk memiliki jam tangan pintar terbaru daripada Apple ini sudahpun dibuka dan tempahan tersebut akan mula dipenuhi seawal 14 Oktober 2024 ini.

Harga Apple Watch Series 10 di Malaysia

Buat yang berminat, Apple Watch Series 10 dijual dalam beberapa varian. Cara paling mudah adalah dengan memilih badan jam tangan itu terlebih dahulu. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu badan alumunium dan satu lagi badan titanium.



Berikut adalah senarai pilihan varian berbadan alumunium:

  • Apple Watch Series 10 Aluminium (GPS, 42mm): RM1,799
  • Apple Watch Series 10 Aluminium (GPS, 46mm): RM1,949
  • Apple Watch Series 10 Aluminium (GPS + Cellular, 42mm): RM2,299
  • Apple Watch Series 10 Aluminium (GPS + Cellular, 46mm): RM2,449

Berikut adalah senarai pilihan varian berbadan titanium:



  • Apple Watch Series 10 Titanium (GPS + Cellular, 42mm): RM3,299
  • Apple Watch Series 10 Titanium (GPS + Cellular, 46mm): RM3,549

Apa yang baru dengan Apple Watch Series 10?

Sementara menanti tempapah Apple Watch Series 10 anda, mari lihat apa pembaharuan yang mereka bawakan pada jam tangan pintar kali ini.

Apple Watch Series 10 ada skrin lebih besar dan cerah

Series 10 memperagakan skrin paling besar setakat ini pada Apple Watch. Ia hampir 7% lebih luas (vairan 46mm) berbanding Series 9 malah lebih besar berbanding Apple Watch Ultra 2. Panel paparan yang ia gunakan adalah LTPO3 OLED yang ada kadar segar semula lebih dinamik iaitu serendah 1Hz. berbanding 60Hz sebelum ini. Panel tersebut juga katanya ada sudut pandang lebih baik, sehingga 40% lebih cerah bila dilihat pada satu sudut tertentu.

Apple Watch Series 10 ada badan nipis tapi bateri tahan lama

Apple Watch Series 10 1mm lebih nipis berbanding Series 9. Versi aluminium pada series 10 juga 10% lebih ringan berbanding generasi sebelumnya. Satu perkara menarik pada Series 10 kali ini adalah Apple memperkenalkan varian titanium yang lebih utuh. Bukan sahaja lebih kukuh, ia 20% lebih ringan berbanding varian aluminum.

Lebih nipis tak bermakna hayat bateri dikorbankan. Ia masih kekalkan hayat bateri berbanding sebelumnya. Diiklankan yang jam tangan ini boleh berkhidmat selama 18 jam dengan satu bateri penuh. Ia boleh dicas sehingga 80% kapasiti dalam masa 30 minit, lebih pantas berbanding 45 minit yang diambil model sebelum ini.

Apple Watch Series 10 diperkasa cip S10 dan ada sensor baru

Apple mengguna pakai SoC Apple S10 pada jam tangan pintar Series 10. Cip ini mengandungi 4 teras pemproses neural untuk kendalikan tugasan AI seperti penyaring hingar dan ciri-ciri produktiviti lain.

Pada segi ciri penjejak, jam ini mampu menjejak fenomena sleep apnea untuk menganalisis pola tidur si pemakai. Buat peminat sukan menyelam, sensor kedalaman juga dimasukkan yang diaktifkans ecara autmatik bila ia berada 6 meter di bawah air. Sensor suhu air juga berikan ciri tambahan untuk sukan snorkel dan kayak.

Buat pertama kalinya, speaker pada jam tangan Apple Watch boleh memainkan muzik, selain daripada menjawab panggilan telefon terus di pergelangan tangan.

Anda boleh layari laman rasmi Apple Watch Series 10 untuk maklumat lanjut

Bacaan berkaitan

Apple Watch Series 10: Lebih nipis dan kini ada badan titanium

5 Terbaik: Jam pintar mirip Apple Watch dan serasi peranti Android

5 Terbaik: Jam pintar ada NFC boleh bayar guna Apple Pay, Samsung Pay & Google Pay

Tags: appleapple watchapple watch series 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tempahan Apple Watch Series 10 Malaysia dibuka, penghantaran seawal 14 Oktober 2024

Tempahan Apple Watch Series 10 Malaysia dibuka, penghantaran seawal 14 Oktober 2024

10 October 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER