• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi selenggara sistem 14 Oktober ini, banyak servis akan tergendala

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:30 pm
  • 11/10/2024
  • Komen
Logo CelcomDigi berlatarbelakangkan hijau
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi telah mengeluarkan kenyataan berhubung satu sesi selenggara yang akan berlaku pada sistem Digi. Sesi tersebut akan berlangsung antara 14 Oktober 2024 jam 9 malam sehingga 15 Oktober 2024 jam 9 pagi (12 jam). Sewaktu proses itu berjalan, terdapat beberapa perkhidmatan yang tidak akan berjalan dan berikut adalah perinciannya.

Diingatkan yang kegendalaan ini hanya melibatkan pelanggan Digi sahaja. Servis untuk pelanggan Celcom berjalan seperti biasa.



Saluran yang akan tergendala sewaktu sesi selenggara

  • APP MyDigi
  • Portal MyDigi
  • Kedai dalam talian CelcomDigi
  • Kiosk Digi
  • CelcomDigi Store / Celcom bluecube / Digi Stora
  • Portal MyDigi Business
  • UMB (*<kod pendek># untuk menu layan diri.

Servis yang akan tergendala sewaktu sesi selenggara

Servis pendaftaran

  • Pendaftaran baru
  • Pertukaran pelan

Servis langganan

  • Pembelian add-on (menerusi UMB)
  • Pembelian melalui Apple App Store, Google Play Store, Huawei AppGallery menggunakan Digipay
  • Pembelian dan pengaktifan pas perayauan
  • Pembelian peranti ataupun servis secara kontrak

Servis pembayaran bil dan tambah bilai

Pembayaran bil untuk Pascabayar, Fiber, dan 5G Home Wifi melalui saluran berikut tergendala:

  • APP MyDigi
  • Portal MyDigi Business
  • Laman web CelcomDigi
  • Kiosk CelcomDigi
  • CelcomDigi Store / Celcom bluecube / Digi Store
  • Perbankan dalam talian (AmBank, MAE, CIMB Clicks, BSN, Bank Rakyat)
  • Pos Malaysia
  • Kedai Serbaneka (7-Eleven, 99 Speedmart, KK Mart)

Lain-lain saluran yang tergendala:



  • Auto-billing
  • Tambah nilai melalui PIN
  • JomPAY

Servis berkaitan akaun

  • Pembatalan akaun
  • Penggantungan akaun akibat kecurian
  • Penggantian kad SIM/MSISDN
  • Pemeriksaan baki / kuota
  • Perubahan berkaitan panggilan suara
  • Pengurusan kumpulan Keluarga

Servis perayauan

Pembelian pas perayauan menerusi APP MyDigi, UMB, dan portal MyDigi Business akan tergendala. Segala pembelian pas perayauan hendaklah dilakukan sebelum jam 6 petang, 14 Oktober 2024 ataupun selepas proses selenggara tamat pada 15 Oktober 2024.

Servis MNP (Port-in, Port-out)

Perkhidmatan MNP (Port-in, Port-out) tidak dapat dijalankan bermula 13 Oktober 2024 hingga 15 Oktober 2024 untuk semua pelanggan Celcom dan Digi. Perkhidmatan itu akan bersambung semula pada 16 Oktober 2024.

Servis Fiber dan 5G Home Wi-Fi

Pelanggan dinasihatkan tidak lakukan restart ke atas router antara 14 Oktober 2024, 9:00 malam hingga 16 Oktober 2024 jam 11:59 malam.

Servis pembaharuan langganan digital

Pembaharuan langganan perkhidmatan digital seperti Netflix, Spotify, iQiyi, Viu, Hungama, dan Microsoft tidak dapa tditawarkan. Akses ke atas perkhidmatan ini juga akan tergendala sehingga 15 Oktober 2024.

Sumber: CelcomDigi

Tags: celcomCelcomDigidigitelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Logo CelcomDigi berlatarbelakangkan hijau

CelcomDigi selenggara sistem 14 Oktober ini, banyak servis akan tergendala

11 October 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER