• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lagi jenama kereta keliru lokasi Sabah & Sarawak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:43 pm
  • 16/10/2024
  • Komen
Lagi jenama kereta keliru lokasi Sabah & Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Nampak gayanya masih ada yang terkeliru dengan lokasi negeri-negeri Malaysia. Terbaharu adalah sewaktu majlis pelancaran Leapmotor C10. Stellantis Malaysia sekalu pemunya kepada jenama Leapmotor telah menghasilkan peta Malaysia yang mengandungi ralat di dalamnya.

Salah satu slaid yang ingin dipamerkan adalah tentang bilangan pengedar Leapmotor di seluruh Malaysia yang berjumlah 18 semuanya. Tiada masalah dengan tanda-tanda negeri di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanpun, terdapat ralat untuk label Sabah dan Sarawak.



Sarawak telah menjadi sebahagian daripada persekutuan Malaysia sejak 16 September 1963. Sungguhpun begitu, masih terdapat kesalahan dilakukan. Kalau periksa secara pantas di Google Maps pun sudah memadai untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Ditambah pula dengan kehadiran pegawai tinggi kerajaan seperti Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Ia menjadikan komitmen Stellantis untuk berniaga dalam Malaysia nampak seperti “main-main”.



Ini bukanlah kali pertama ralat kedudukan geografi Malaysia berlaku dalam majlis besar. Tahun ini, Proton lakukan ralat yang sama apabila salah melabelkan Sabah dan Sarawak dalam peta. Ketika itu, jenama kereta nasional itu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan berjanji akan berikan lebih perhatian pada masa akan datang.

Berbalik kepada Leapmotor C10, SUV elektrik ini dilancarkan di Malaysia pada harga RM159,000. Namun, sekiranya tempahan dilakukan dalam bulan Oktober dan November 2024, harga promosi yang ditawarkan adalah RM149,000.

Tags: leapmotorleapmotor c10stellantis
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lagi jenama kereta keliru lokasi Sabah & Sarawak

Lagi jenama kereta keliru lokasi Sabah & Sarawak

16 October 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN