• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Max kini di Malaysia: Ini harga langganan dan bila ia mula beroperasi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:40 pm
  • 24/10/2024
  • Komen
HBO Max Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Warner Bros. Discovery selaku pemilik platform penstriman Max telah mengumumkan pengoperasian mereka untuk pasaran Malaysia. Ia akan menggantikan HBO Go telah beroperasi di Malaysia sejak Mei 2019. Max akan mula beroperasi pada 19 November 2024.

Selain daripada langganan secara langsung dengan penyedia, Max juga boleh dilanggan menerusi pihak ketiga. Maklumat itu akan diumumkan dikemudian hari.



Harga Max di Malaysia

Max ditawarkan dalam dua varian iaitu Max Standard dan Max Ultimate. Harga langganannya adalah seperti berikut:

  • Max Standard – RM34.90/bulan
  • Max Ultimate – RM52.90/bulan
HBO Max Malaysia

Lagganan tahunan turut disediakan sekiranya anda nak bayar sekali gus. Berikut adalah langganan tahunan servis penstriman tersebut:



  • Max Standard – RM279.90/tahun
  • Max Ultimate – RM424.90/tahun
HBO Max Malaysia

Langganan tahunan lebih menjimatkan kerana untuk pelan Standard, purata sebulan akan jadi kira-kira RM23.33 sementara untuk pelan Ultimate, purata sebulan akan jadi kira-kira RM35.40.

Beza Max Standard dengan Max Ultimate

Max Standard dan Max Ultimate ada beberapa perbezaan. Untuk Standard, sebanyak 2 penstriman selanjar boleh dilakukan pada sesuatu masa dan resolusi maksimum yang ditampungnya adalah FHD. Pelanggan juga boleh memuat turun kandungan untruk ditonton di luar talian dan bilangan kandungan yang boleh dimuat turun ialah 30.

Pelang yang lebih mahal iaitu Ultimate membenarkan sehingga 4 penstriman selanjar silakukan pada resolusi sehingga 4K UHD dan sokongan Dolby Atmos. Bilangan kandungan yang boleh dimuat turun untuk tontonan luar talian juga lebih banyak iaitu pada 100.

Pelanggan HBO Go akan dipindahkan ke Max

Seperti yang dikatakan tadi, HBO Max akan menggantikan HBO Go, jadi pengguna perlu memuat turun aplikasi baharu. Menurut laman rasmi, pengguna boleh menggunakan username dan password akaun HBO Go untuk melog masuk Max.

Beza Max dengan HBO Go

Max (HBO Max di beberapa kawasan) dilancarkan oleh WarnerMedia dalam bulan Mei 2020 sebagai pengganti kepada HBO Go dan HBO Now. Dalam Max terdapat kandungan premium daripada HBO yang digabungkan dengan kandungan premium daripada beberapa jenama milik WarnerMedia yang lain seperti WarnerBros., DC, Cartoon Network, dan Discovery+.

Max dah gantikan HBO Go di A.S bermula Julai 2020. Di Asia Tenggara, HBO Go masih digunakan sejak itu sehinggalah pada hari ini ia digantikan pula dengan Max. Kandungan HBO Exclusive yang sedang menanti anda adalah seperti Dune: Prophecy yang akan diadakan tayangan perdananya tak lama lagi, bersama-sama dengan tajuk popular seperti Game of Thrones, House of the Dragon, dan siri TV seperti Creature Commandos dan Harry Potter: Wizards of Baking.

Anda boleh layari laman rasmi Max Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: HBOHBO GOhbo maxmaxpenstriman
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
HBO Max Malaysia

Max kini di Malaysia: Ini harga langganan dan bila ia mula beroperasi

24 October 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER