Proton dipameran automotif di Auto Care Expo (ACE) 2024 bertempat di Setia City Convention Centre telah mengumumkan beberapa maklumat baru tentang Proton e.MAS 7, EV pertama daripada jenama kereta nasional itu.
Proton e.MAS 7: Harga jualan vs. pesaing SUV elektrik lain
Proton telahpun buka laman pendaftaran minat untuk memiliki EV ini. EON selaku pengedar Proton e.MAS 7 pun sudah mula menerima tempahan dengan deposit boleh pulang sebanyak RM500 di laman web mereka. Diumumkan yang harga anggaran Proton e.MAS 7 adalah RM120,000. Walau bagaimanapun, Proton enggan mengesahkan sama ada itu adalah harga permulaan ataupun harga siling kerana EV ini datang dalam dua varian iaitu Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium.
Untuk gelanggang EV berharga bawah RM200,000, ia sedia didominasi jenama-jenama China yang lain. Berikut adalah senarai harga 7 SUV elektrik sedia ada dalam pasaran kita dan yang perlu Proton e.MAS 7 bersaing:
- BYD Atto 3 – RM149,800
- Chery Omoda E5 – RM146,800
- GAC Aion Y Plus – RM119,800 (Elite), RM135,800 (Premium)
- Leapmotor C10 – RM159,000
- MG ZS EV – RM125,999
- Tesla Model Y – RM191,000 (RWD), RM238,000 (LR), RM280,000 (Performance)
- Xpeng G6 – RM165,820 (580 Pro), RM185,820 (755 Pro)
Proton e.Mas 7: Ukuran & Berat
Kedua-dua varian Prime dan Premium memiliki ukuran yang sama iaitu 4,615 x 1,901 x 1,670 mm. Berikut adalah rujukan dimensi SUV elektrik yang sudahpun berada dalam pasaran dan akan bersaing dengannya:
- BYD Atto 3 (4,455 x 1,875 x 1,615mm)
- Chery Omoda E5 (4,400 x 1,830 x 1,590mm)
- GAC Aion Y Plus (4,535 x 1,870 x 1,650mm)
- Leapmotor C10 (4,739 x 1,900 x 1,680mm)
- MG ZS EV (4,314 x 1,809 x 1,625mm)
- Tesla Model Y (4,750 x 1,921 x 1,624mm)
- Xpeng G6 (4,753 x 1920 x 1650mm)
Dalam kalangan 7 pesaing tadi, ia ke-4 paling panjang, ke-4 paling lebar, dan ke-3 paling tinggi. Jadi, anda boleh jangkakan ruang dalamannya.
Premium yang mempunyai kapasiti bateri lebih besar memiliki berat keseluruhan lebih tinggi iaitu 1,765kg sementara varian Prime mencatatkan 1,662kg di atas penimbang. Kapasiti but yang mereka miliki adalah 461L. Kerusi penumbang belakang boleh dilipat untuk membuka sehingga 1,877L ruang penyimpanan.
Masih di bahagian luar, Proton e.MAS 7 Premium mempunyai kelebihan pada segi kehadiran panoramic sunroof, power tailgate, dan active grille shutter.
Proton e.MAS 7: Motor elektrik & Prestasi
Proton e.MAS 7 dipacu sistem motor 12-dalam-1. Motornya berada di bahagian depan gandar dengan output kuasa maksimum setinggi 160kW (215hp) dengan tork setinggi 320Nm. Daripada keadaan pegun, kereta ini boleh pecut ke 100km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum ditetapkan pada 175km/j.
Tiada perbezaan pada segi output kuasa untuk varian. Jadi anda nikmati kuasa yang sama tak kira sama ada memandu e.MAS 7 Premium ataupun e.MAS 7 Prime. Sistem pengampai pun sama dengan depan menggunakan McPherson Independent Suspension sementara bahagian belakang menggunakan Multilink Independent Suspension.
Bahagian saiz tayar ada perbezaan. Apabila Prime diberikan roda bersaiz 18” bersarung tayar Giti, Premium yang lebih mahal diberikan roda bersaiz 19” bersarung Goodyear.
Proton e.MAS 7: Bateri & Pengecasan
Seperti yang dikongsikan sewaktu pengendalan model ini dalam bulan Ogos 2024 dahulu, Proton e.MAS 7 menggunakan teknologi Aegis Short Blade Battery.
Varian Prime untuk EV ini dibekalkan bateri berkapasiti 49.52kWh dan ia diterjemah kepada jarak kembara 345km (WLTP). Varian yan glebih mahal dibekalkan bateri 60.22kWh dengan jarak kembarai mencapai 410km.
Apabila perlu dicas, varian premium menerima kuasa DC pada paras 100kW. Varian prime ada sistem pengecasan lebih perlahan pada 80kW. Namun begitu, kelajuan untuk mengecas 30% ke 80% menggunakan DC adalah sama iaitu 20 minit.
Kedua-dua varian juga boleh menerima arus AC sehingga 11kW dan katanya mengambil masa sepantas 4.9 jam untuk mengisi 30% kepada 80%.
Ciri V2L disokong Proton e.MAS 7, menjadikannya sesuai dibawa camping. Dengan penyesuai, ia boleh keluarkan sehingga 3.2kW kuasa untuk anda jalankan peralatan elektrik yang diingini.
Proton e.MAS 7: Kabin, inforia, dan kluster instrumen
Beralih ke bahagian dalam Proton e.MAS 7. Bila duduk di kerusi pemandu, anda dihidangkan dengan skrin inforia gergasi 15.4” beresolusi 2.5K.
Ia diperkasa cip berkuasa tinggi, katanya 7nm. Kluster instrumen untuk paparkan maklumat pemanduan pula bersaiz 10.2” disamping ada juga HUD untuk berikan maklumat tambahan. Namun, HUD hanya ada untuk varian Premium.
Lampu kabin dengan fungsi RGB 256 warna juga disediakan untuk Premium sahaja. Lagi kelebihan diberikan pada Premium adalah kerusi kulit dengan pengudaraan dan memori. Sistem audio Proton e.MAS 7 juga berbeza pada segi kelengkapan.
Bilangan speaker sebanyak 16 unit diberikan pada varian Premium, jadi anda dapat speaker juga di headrest kerusi pemandu. Varian Prime dapat 6 unit speaker, semuanya dipasang di keliling badan kereta.
Pada segi pemanduan, hanya varian Premium adan ciri penyesuaian pada segi kedudukan pemanduan, menggunakan motor elektrik. Untuk kemudahan, Proton memberikan pad pengecas wayarles di konsol tengah untuk kedua-dua varian.
Proton e.MAS 7: Sistem Bantu Pandu
Proton e.MAS 7 ada sistem bantu pandu (ADAS) seperti berikut:
- Intelligent Cruise Control (ICC)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Automatic Emergency Braking (AEB)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Dynamic Brake Support (DBS)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Emergency Lane Keeping Assist (ELKA)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Rear Cross Traffic Alert RCTA)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Lane Change Assist (LCA)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Door Open Warning (DOW)
- Traffic Sign Identification (TSI)
Tiada perbezaan pada segi fungsi merentasi varian termasuklah pada kehadiran kamera keliling 360 darjah. Kalau ada pun, varian Premium tiada sistem radar hadapan.
Proton e.MAS 7: Beza varian Prime dan Premium
Sebagai rumusan, Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium ada beberapa perbezaan daripada segi spesifikasi. Kelebihan pada yang ada pada Premium adalah seperti:
- Bateri lebih besar 60.22kWh yang diterjemah pada jarak pandu lebih jauh
- Sistem pengecasan DC lebih pantas pada 100kW
- Ciri dalaman lain seperti panoramic sunroof, power tailgate, active grille shutter
- Premium ada tayar lebih besar, 19”