• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Week sediakan pelbagai diskaun, boleh jimat RM1,000 untuk Galaxy S24 Ultra

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:30 pm
  • 27/10/2024
  • Komen
Ini cara lebih tepat dan cepat untuk mencatat nota di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung sedang mengadakan promosi menarik untuk pelbagai produk dan peranti mereka. Dalam promosi yang dinamakan Samsung Week, Samsung menyediakan diskaun sehingga 51% untuk telefon pintar, tablet dan juga pelbagai produk kelengkapan rumah mereka sepert mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi.

Promosi telefon pintar dan tablet Samsung

Promosi Samsung ini akan berjalan selama 6 hari, bermula 24 Oktober hingga 31 Oktober 2024. Dalam tempoh ini, orang ramai boleh mendapatkan Galaxy S24 Ultra pada harga RM1,000 lebih murah. Misalnya, varian dengan storan 512GB boleh dibeli pada harga RM5,799 (harga asal RM6,799).



Sementara itu, Galaxy S24+ boleh didapatkan pada harga RM4,599, iaitu diskaun RM800 berbanding harga asal RM5,399.

Telefon lipat Galaxy Z Fold 6 dan Galaxy Z Flip 6 juga ada diberikan diskaun RM900 merentasi semua varian yang ditawarkan. Contohnya varian 256GB Galaxy Z Fold 6 boleh dibeli pada harga RM6,399 (harga asal RM7,299), manakala Galaxy Z Flip 6 pula anda boleh dapatkan dengan harga RM4,099 (RM4,999).



Selain flagship, telefon pintar kelas pertengahan Galaxy A55 turut diberikan penjimatan RM200 dengan ia kini dijual pada harga RM1,799 berbanding RM1,999. Lebih menarik, pembeli juga mendapat penjimatan lebih banyak dengan rebat sehingga RM700 jika menukar beli peranti lama anda.

Kalau anda mencari tablet, beberapa tablet Samsung juga boleh didapatkan lebih murah. Siri Galaxy Tab S9 FE ada diskaun RM300, dengan Tab S9 FE+ ditawarkan pada harga RM2,499 dan Tab S9 FE Pula pada harga RM1,799. Galaxy Tab S6 Lite juga diberikan diskaun RM200 membolehkannya dibeli pada harga RM1,299.

Diskaun untuk produk kelengkapan rumah Samsung

Untuk tawaran kelengkapan rumah, antara yang terlibat dalam promosi adalah mesin basuh 2-dalam-1 Samsung Bespoke AI Laundry Combo yang kini boleh dibeli pada harga RM12,999 menjumlahkan RM2,000 penjimatan. Kombo mesin basuh dan pengering 8.5/6kg Samsung juga diberikan potongan harga RM650, menjadikannya pada harga RM2,199.

Sementara itu, barisan peti ais Samsung ditawarkan dengan diskaun sehingga RM1,200, manakala vakum Samsung pula diberikan penjimatan sehingga RM2,300 untuk Bespoke Jet Bot Combo. Terdapat juga diskaun yang disediakan untuk microwave, penghawa dingin dan penulen udara Samsung ketika promosi ini. Lebih menarik, anda juga boleh peroleh ekstra 5% potongan harga jika anda membeli dua mana-mana produk kelengkapan rumah.

Akhir sekali, diskaun RM500 turut diberikan untuk Music Frame, menjadikannya berharga hanya RM1,499 daripada harga asal RM1,999. Malah, diskaun lebih banyak sehingga RM700 boleh dinikmati pengguna jika membelinya dengan produk Samsung lain. Katakanlah anda ternampak produk yang anda dah beli ada tanda harga lebih murah di pengedar lain yang terpilih, Samsung juga akan membayar semula perbezaan harga kepada anda.

Jadi, pastikan anda tidak terlepas dengan promosi yang mengujakan ini. Jika berminat, anda boleh layari laman web Samsung untuk mendapatkan promosi ketika berlangsungnya Samsung Week ini.

Tags: galaxy a55Galaxy S24 Ultragalaxy z flip 6Galaxy Z Fold 6samsungSamsung Bespoke AI Laundry ComboSamsung BESPOKE JetSamsung Galaxy Tab S9 FEsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Ini cara lebih tepat dan cepat untuk mencatat nota di telefon pintar

Samsung Week sediakan pelbagai diskaun, boleh jimat RM1,000 untuk Galaxy S24 Ultra

27 October 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER