• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer Swift 14 AI berkuasa Intel Core Ultra dilancar, harga bermula RM4,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:15 pm
  • 29/10/2024
  • Komen
Acer Swift 14 AI berkuasa Intel Core Ultra dilancar, harga bermula RM4,399
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini telah melancarkan Swift 14 AI, laptop Copilot+ PC mereka untuk pasaran Malaysia. Ia adalah laptop yang direka untuk mereka yang mahukan rekaan nipis serta tahap mudah alih tinggi tanpa kompromi prestasi dan hayat bateri.

Namun, ia bukanlah laptop berasaskan Snapdragon X seperti yang dipertontonkan di Computex 2024 pada Jun lalu, tetapi adalah model yang diperkasa Intel Core Ultra Series 2, cip terbaharu Intel yang dilancar awal September lalu.



Harga Swift 14 AI dengan Intel Core Ultra di Malaysia

Swift 14 AI diperkenal dalam dua varian di Malaysia dengan perbezaan cip pemproses dan kapasiti RAM yang dimuatkan. Berikut adalah harga pelancarannya di Malaysia:

  • Swift 14 AI (Intel Core Ultra 5 siri 2, RAM 16GB) – RM4,399
  • Swift 14 AI (Intel Core Ultra 7 siri 2, RAM 32GB) – RM4,999

Untuk meraikan pelancarannya, Acer turut menawarkan promosi selama 2 minggu, bermula 29 Oktober hingga 12 November 2024. Pembeli dalam tempoh itu akan menerima fon putik Sony WF-C510 bernilai RM299 secara percuma, sementara stok masih ada.



Jikalau anda berminat, Swift 14 AI ini tersedia didapatkan Acer eStore, serta stor rasmi Acer di Lazada dan Shopee. Ia juga boleh didapatkan melalui semua pengedar sah Acer di seluruh negara.

Spesifikasi Acer Swift 14 AI

Sebagai laptop yang diposisikan untuk ada rekaan nipis dan tahap mudah alih tinggi, Swift 14 AI ini ada badan berukuran 9.7mm dan berat 1.3kg dengan menggunakan casis diperbuat daripada aluminium. Di hadapan, ia menggunakan skrin OLED 14-inci dengan resolusi WUXGA yang turut memiliki kadar penyegaran 90Hz dan cakupan penuh warna DCI-P3.

Laptop ini dikuasakan dengan pilihan cip pemproses sama ada Core Ultra 7 258V  atau Core Ultra 5 226V. Kedua-dua varian didatangkan dengan storan PCIe NVMe SSD bersaiz 512GB, tetapi model Core Ultra 7 dipadankan dengan RAM LPDDR5X 32GB, manakala model Core Ultra 5 pula 16GB. Bahagian grafiknya dipacu GPU Intel ARC terbina, yang juga bermakna laptop tidak dilengkapi GPU berasingan.

Sebagai laptop Copliot+, Swift 14 AI turut dilengkapi fungsi AI termasuklah Live Caption yang boleh menterjemah 40 bahasa ke bahasa inggeris dalam masa nyata. Selain itu, fungsi AI lain seperti Acer PurifiedView 2.0 and PurifiedVoice 2.0 turut hadir untuk meningkatkan pengalaman telesidang menggunakan kamera webcam 1440p dan mikrofon terbina.

Lebih menarik, anda juga boleh tahu bila kuasa NPU digunakan bagi memproses AI kerana terdapat indikator berlampu yang diletakkan pada pad sesentuh.

Untuk memantau prestasi laptop, perisian AcerSense ada dipasang pada Swift 14 AI dan ia boleh diakses dengan mudah melalui butang AcerSense di papan kekuncinya. Perisian yang sama juga boleh anda gunakan untuk mengubah prestasi laptop dan melihat status bateri.

Satu ciri pintar menarik yang ada pada laptop ini adalah User Sensing 2.0, dengan ianya akan mengesan pengguna kemudian membuka atau mengunci skrin laptop berdasarkan keberadaan pengguna. Bukan itu sahaja, terdapat juga ciri pintar jika anda gunakan Swift 14 AI dengan berbilang paparan. Ini kerana laptop boleh mengesan pandangan anda dan kursor akan beralih ke skrin yang dipandang.

Daripada segi bateri, kapasiti 65Wh dimuatkan pada laptop dan menurut Acer, Swift 14 AI ada hayat bateri mencecah 17 jam dalam satu isian penuh dan boleh dicas pada kuasa 65W melalui USB-C. Penawaran port I/O juga yang ada termasuk satu HDMI, dua USB-C, dua USB-A dan jek audio 3.5mm. Sambungan wayarles yang disokong adalah Bluetooth 5.4 dan WiFi 7.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Swift 14 AI.

Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Swift 14 AIcopilot+ pcIntelIntel Core UltraSwift 14 AI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Swift 14 AI berkuasa Intel Core Ultra dilancar, harga bermula RM4,399

Acer Swift 14 AI berkuasa Intel Core Ultra dilancar, harga bermula RM4,399

29 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER