• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MacBook Pro (2024) Malaysia: Selain M4, ini perubahan akan anda jumpa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:28 am
  • 01/11/2024
  • Komen
MacBook Pro (2024) Malaysia: Selain M4, ini perubahan akan anda jumpa
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas iMac dan Mac Mini, Apple telah mengumumkan pula kemas kini kepada barisan MacBook Pro mereka. Seperti dua produk yang diperkenalkan sebelum ini, MacBook Pro (2024) ini turut diperkasa SoC Apple M4 sama ada M4, M4 Pro, dan juga M4 Max.

MacBook Pro M4: Harga jualannya di Malaysia

MacBook Pro M4 ini ditawarkan dalam dua saiz iaitu 14 dan 16 inci. Untuk model lebih kecil, pengguna ada pilihan untuk model dengan cip M4, M4 Pro ataupun M4 Max. Model 16 inci pula, Apple tawarkan pilihan cip M4 Pro dan M4 Max sahaja.



Berikut adalah harga permulaan untuk setiap varian:

  • MacBook Pro M4 14” – RM6,999
  • MacBook Pro M4 Pro 14” – RM8,499
  • MacBook Pro M4 Max 14” – RM13,999
  • MacBook Pro M4 Pro 16” – RM10,999
  • MacBook Pro M4 Max 16” – RM15,299

Varian termurah MacBook yang berharga RM6,999 tampil dengan RAM 16GB serta storan 512GB. Spesifikasi maksimum pada MacBook Pro M4 berharga RM31,099 yang ada RAM 128GB dan storan sehingga 8TB SSD.



MacBook Pro M4: Tiada perubahan besar pada segi rekaan

Tak seperti Mac Mini, MacBook Pro M4 kali ini tidak ada perubahan besar. Ia masih datang dengan dua saiz berbeza. Namun, ada tambahan USB-C di bahagian kanan badannya untuk tambah baik ciri ketersambungannya.

Model yang diperkasa M4 Pro dan M4 Max, port USB-C tersebut menyokong sambungan Thunderbolt 5 iaitu port dengan kadar perpindahan data lebih pantas, pada 120Gbps berbanding Thunderbolt 4 yang ada pada MacBook Pro varian M4.

Untuk sambungan tanpa wayar, MacBook Pro M4 menyokong sambungan Wi-Fi 6E dan juga Bluetooth 5.3.

MacBook Pro M4: Skrin Liquid Retina XDR dengan kecerahan 1,600nits

Seperti iMac, MacBook Pro M4 turut ditawarkan dengan pilihan nano-texture display untuk paparan. Kelebihan nano-texture display adalah ia mengurangkan pantulan dan silau daripada cahaya luar.

Lagi tentang paparan, panel Liquid Retina XDR pada MacBook Pro M4 dilihat itada sebarang naik taraf. Ia kekal pada kecerahan 1,600nits dengan kadar segar semula 120Hz. Satu perkara baharu yang boleh anda temukan di bahagian muka MacBook Pro ini adalah kamera webcam yang kini ada DeskView, macam iMac disamping ciri Centre Stage.

MacBook Pro M4: Hayat bateri 24 jam

Apple mengatkaan yang barisan MacBook Pro kali ini mempunyai hayat bateri paling panjang dalam sejarah produk MacBook. Berikut adalah hayat bateri yang diiklankan:

  • MacBook Pro 14 M4: Sehingga 24 jam
  • MacBook Pro 14 M4 Pro / M4 Max: Sehingga 22 jam
  • MacBook Pro 16 M4 Pro / M4 Max: Sehingga 24 jam

Kesemua Macbook Pro 14 dibekalkan dengan power adapter USB-C berkuasa 70W. Macbook Pro 16 varian M4 Pro dan M4 Max yang memerlukan lebih kuasa, diberikan pengecas 96W. Pengecas 140W pula diberikan pada MacBook Pro 16.

MacBook Pro M4 dengan Apple Intelligence

Sejurus keluar kotak, MacBook Pro M4 ini menjalankan sistem operasi macOS Sequoia. Seperti biasa, Apple Intelligence akan boleh digunakan seperti semua MacBook berasaskan cip Apple. Walau bagaimanapun, dengan kehadiran teras Neural Engine yang baru dan banyak, dijangkakan yang prestasi AI pada MacBook Pro M4 adalah lebih pantas.

Anda boleh layari laman rasmi Apple MacBook Pro M4 untuk maklumat lanjut.

Tags: applelaptopmacbook proMacBook pro m4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
MacBook Pro (2024) Malaysia: Selain M4, ini perubahan akan anda jumpa

MacBook Pro (2024) Malaysia: Selain M4, ini perubahan akan anda jumpa

1 November 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER