• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile menang tender rangkaian kedua 5G Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:02 pm
  • 01/11/2024
  • Komen
Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini telah mengumumkan yang U Mobile dipertanggungjawabkan untuk membangun rangkaian 5G kedua Malaysia. Itu adalah kemajuan terbaharu dalam usaha kerajaan Malaysia berhijrah daripada model penyedia tunggal (SWN) yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB) kepada model dwirangkaian.

SKMM memaklumkan yang keputusan ini diambil selepas penelitian dilakukan pada aspek teknikal dan komersial, bagi memaksimumkan manfaat 5G yang mampu dinikmati rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Hal ini bermakna, U Mobile memenangi proses bidaan yang turut disertai Maxis, CelcomDigi, dan Telekom Malaysia (TM).



Untuk maklumat anda, tender untuk rangkaian 5G kedua dibuka dalam bulan Julai 2024 lalu apabila kerajaan meminta pembida untuk menghantar kertas cadangan masing-masing.

Dalam siaran media yang sama, SKMM juga memaklumkan yang mereka akan memantau secara rapat pembangunan rangkain 5G kedua Malaysia bagi memastikan U Mobile mematuhi semua keperluan yang telah ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimeda 1998.



Berdasarkan arahan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil pada 21 Jun 2024, U Mobile akan menggunakan spekturm 700Mhz (2 blok 20Mhz) dan 3.6Ghz (Blok 100Mhz) untuk mengoperasikan rangkaian 5G kedua ini.

U Mobile dibenarkan untuk mewujudkan kerjasama dengan penyedia pekrhidmatan lain bagi mempertingkat kecekapan dalam pembangunan rangkaian 5G kedua. Walau bagaimanapun, kerjasama ini tertakluk kepada kelulusan daripada pihak SKMM juga.

Dengan pengumuman ini, U Mobile perlu melepaskan pegangan mereka di dalam DNB. Buat masa ini, U Mobile, Maxis, CelcomDigi, dan YTL Communication masing-masing ada 16.3% pegangan semetara TM sehingga kini masih belum melengkapkan transaksi pembelian pegangan dalam DNB.

Kerajaan Malaysia pula masih memegang 30% pegangan dalam DNB dengan satu saham istimewa bagi memastikan kesaksamaan dalam persaingan.

Sumber: SKMM

Tags: 5gDNBmalaysiaSKMMtelcou mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

U Mobile menang tender rangkaian kedua 5G Malaysia

1 November 2024
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN