• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 sebab kenapa U Mobile SKMM pilih bangunkan 5G kedua

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:54 am
  • 07/11/2024
  • Komen
3 sebab kenapa U Mobile SKMM pilih bangunkan 5G kedua
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu ini nama U Mobile lebih hangat daripada biasa. Mereka diberi mandat untuk bangunkan rangkaian 5G kedua. Beberapa persoalan timbul dalam segelintir pihak tentang tatacara pemilihan U Mobile. Maka dengan sebab itu, SKKM tampil beri penjelasan tentang pemilihan U Mobile. U Mobile dipilih berdasarkan:

  • rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan
  • rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan
  • prestasi dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain seperto JENDELA Fasa 1 dan Projek Penaiktarafan 4G

KENYATAAN MEDIA

PEMILIHAN U MOBILE SDN BHD SEBAGAI PENYEDIA RANGKAIAN 5G KEDUA#MCMC pic.twitter.com/XEwPB08wJw

— MCMC (@MCMC_RASMI) November 6, 2024

SKMM juga menjamin yang proses pemilihan dilakukan secara ketat.



Kenapa Malaysia perlukan 5G kedua?

Dalam kenyataan media yang sama, SKMM turut memperjelas beberapa perkara berkaitan 5G kedua. Salahsatunya adalah sebab Malaysia perlukan 5G kedua. Menurut pihak berkuasa itu, penghijrahan daripada Rangkaian Borong Tunggal (SWN) kepada model Dwirangkaian (DN) untuk wujudkan persaingan dalam landskap telekomunikasi. Persaingan ini akan mendorong inovasi dan membaiki kualiti perkhidmatan.

Siapa pemilik U Mobile, macam mana ia “tapau” CelcomDigi dan Maxis untuk 5G kedua?



SKMM juga katakan yang dengan adanya rangkaian kedua, ia kurangkan risiko dengan memastikan kesinambungan dan ketahanan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada infrasturktur telekomunukasi negara secara menyeluruh.

Isu monopoli juga adalah salah satun perkasa yang ingin dirungkaikan melalui 5G kedua. Sekarang DNB bukan lagi penyedia 5G tunggal Malaysia kerana ia bakal ada pesaing baharu.

U Mobile rangkaian 5G kedua: Ini respons CelcomDigi, Maxis, dan Telekom Malaysia

Adakah 5G kedua akan guna dana awam?

Rangkaian 5G kedua yang U Mobile akan bangunkan kelak, adalah milik swasta sepenuhnya. Oleh sebab itu, tiada sebarang dana awam digunakan, itulah yang dikatakan SKMM. Malah, kerajaan masih akan memungut hasil daripada sewa jalur-jalur spektrum 5G yang akan digunakan U Mobile.

Dalam kes DNB dulu, pada awalnya kerajaan menekankan yang tiada dana awam digunakan untuk bangunkan 5G itu. Itu sewaktu Special Purposed Vehicle (SPV) diperkenalkan dalam dewan rakyat. Setelah masa berlalu pergi, lain pula ceritanya. Apabila mula beroperasi, YB Fahmi Fadzil pula katakan yang 5G sepatutnya perlu diberi percuma kerana menggunakan dana awam sepenuhnya.

Untuk pengetahuan anda, sekurang-kurangnya suntikan RM500 juta telah kerajaan lakukan pada DNB sebagai dana pemula.

U Mobile menang tender rangkaian kedua 5G Malaysia

5G kedua: Perkara yang masih jadi tanda tanya

Kenyataan media daripada SKMM tidak mengandungi fakta-fakta konkrit untuk menjawab kenapa U Mobile dipilih jadi pembangun 5G kedua. Fakta yang kita ada buat masa ini adalah mereka didakwa mengendalikan 9,000 lokasi pemancar dan ada 9 juta pelanggan. Sebagai perbandingan, CelcomDigi ada 25,000 lokasi dan 20.2 juta pelanggan sementara Maxis ada 11,000 lokasi dan 12.7 juta pelanggan.

Tambahan pula, U Mobile perlukan rakan kerjasama yang ada kewangan kukuh untuk pastikan rangkaian 5G kedua mampu bersiang dengan DNB. U Mobile ada katakan yang mereka bersemangat nak bekerjasama dengan CelcomDigi ataupun TM. Namun, dua telco itu tidak pula berikan respons.

Lebih jadi tanda tanya, bagaimana telco yang 48.3% (Singapore’s Straits Mobile Investments Pte Ltd) pemilikan luar boleh mendapat mandat bangunkan infrastruktur strategik negara.

Sekiranya prestasi JEDELEA Fasa 1 jadi ukuran, sepatutnya Maxis adalah pemenangnya kerana mereka satu-satunya telco yang berjaya naik taraf kesemua menawara 4G.

Tags: 5gSKMMu mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

3 sebab kenapa U Mobile SKMM pilih bangunkan 5G kedua

3 sebab kenapa U Mobile SKMM pilih bangunkan 5G kedua

7 November 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER