• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menangi tiket ke PMGC 2024 di London dengan Infinix, ini cara sertainya

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:11 pm
  • 07/11/2024
  • Komen
Menangi tiket ke PMGC 2024 di London dengan Infinix, ini cara sertainya
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat nak tonton kejohanan permainan PUBG Mobile terkemuka secara depan? Sekarang adalah peluang anda kerana Infinix sedang mengadakan peraduan membolehkan seorang pemenang bertuah memenangi tiket ke perlawanan akhir PUBG MOBILE Global Championship (PMGC) 2024 di London.

Ia adalah hasil kerjasama Infinix bersama PMGC, yang juga memperlihatkan GT 20 Pro sebagai telefon gaming rasmi kejohanan PMGC. Kejohanan ini telah pun bermula pada 31 Oktober dengan pusingan akhirnya yang berlangsung di London akan bermula pada 6-8 Disember 2024.



Peluang menangi tiket ke PMGC 2024 di London

Dengan kolaborasi ini, pemenang hadiah utama akan terima hadiah perjalanan ke London secara percuma termasuk penerbangan serta tempat tinggal untuk menonton pusingan akhir kejohanan PGMC. Manakala, tiga lagi pemenang akan peroleh pas VIP untuk tonton pertandingan Last Chance secara langsung di Malaysia.

Untuk sertai peraduan ini, ia boleh dilakukan dengan langkah seperti berikut:



  1. Ikuti halaman Infinix Official Community Group (Malaysia) di Facebook
  2. Tinggalkan komen di hantaran peraduan dan jelaskan kenapa anda peminat PUBG sejati dan tag dua rakan anda yang juga peminat PUBG Mobile
  3. Kongsi hantaran peraduan di profil anda untuk lengkapkan entri

Penyertaan akan ditutup pada 21 November 2024, kemudian pada tarikh sama pemenang akan diumumkan di halaman Facebook Infinix Official Community Group (Malaysia).

Lepak Santai, saksikan perlawanan CelcomDigi Alliance

Dalam masa sama, Infinix turut akan menganjurkan Lepak Santai PMGC 2024 untuk tontonan beramai-ramai di Restoran Al-Safuan bertempat di Petaling Jaya ada 14 November 2024, bermula dari jam 7 malam. Pada ketika itu, CelcomDigi Alliance, pasukan yang mewakili Malaysia di PMGC 2024 akan beraksi dan peminat boleh saksikan dan berikan sokongan terhadap pasukan tempatan.

Menurut Infinix, acara ini adalah sebahagian daripada inisiatif #SapotLokal Infinix bagi meraikan sukan e-sport dan menyokong pasukan tempatan di pentas antarabangsa. Di sana, selain menonton PMGC secara langsung, peminat juga boleh sertai aktiviti, cabutan bertuah dan nikmati makanan dan minuman percuma.

Jadi, jika berminat, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk sertai peraduan dan hadir ke majlis tontonan beramai-ramai pada minggu hadapan.

Tags: InfinixInfinix GT 20 ProInfinix MalaysiaPMGCpubg mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Menangi tiket ke PMGC 2024 di London dengan Infinix, ini cara sertainya

Menangi tiket ke PMGC 2024 di London dengan Infinix, ini cara sertainya

7 November 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER