• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lalamove perkenal ‘Ride’, tawar perkhidmatan e-hailing sekitar Lembah klang

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:44 pm
  • 12/11/2024
  • Komen
Lalamove perkenal ‘Ride’, tawar perkhidmatan e-hailing sekitar Lembah klang
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Bolt, nampaknya ada sebuah lagi syarikat yang kini memulakan operasi e-hailing mereka di Malaysia, iaitu Lalamove. Syarikat kurier itu telah memperkenalkan perkhidmatan baharu, iaitu Lalamove Ride membolehkan pengguna di Malaysia untuk menempah perkhidmatan e-hailing, sama seperti Bolt dan juga Grab.

Perkara ini didedahkan Lalamove melalui laman media sosial mereka dan perkhidmatan tersebut telah pun tersedia untuk digunakan di Malaysia sekarang. Bagaimanapun, untuk menggunakan Lalamove Ride, pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi baharu sebaliknya perkhidmatan Lalamove ‘Ride’ ini diintegrasi terus ke dalam aplikasi Lalamove sedia ada, yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.



Cara tempah Lalamove Ride

Anda boleh aksesnya melalui tab ‘Ride’ baharu yang ada bersebelahan tab ‘Delivery’. Untuk menempah, anda hanya perlu masukkan lokasi semasa dan destinasi yang ingin dituju, serta tekan pilihan kenderaan. Namun, buat masa ini, kelihatan hanya pilihan kereta ‘Sedan’ sahaja ditawarkan, dengan ianya dapat memuatkan sehingga empat orang penumpang.

Kemudian, pembayaran boleh dibuat sama ada melalui ‘Wallet’ Lalamove atau tunai, tiada pilihan kad debit/kredit atau e-Wallet. Selepas tempahan sudah disahkan, anda boleh jejak pemandu dalam masa nyata menggunakan peta dalam aplikasi.



Menurut laman web Lalamove, harga tambang asas perkhidmatan e-hailing Lalamove kereta adalah RM6, dan tambang akan berubah mengikut kesesakan trafik, kadar pesanan dan ketersediaan jumlah pemandu ketika itu. Berdasarkan percubaan kami, dilihat Lalamove akan mengenakan caj sebanyak RM1 untuk setiap 1km, di samping tambang kereta RM6 .

Seperti platform e-hailing lain, servis Lalamove Ride ini akan tersedia pada bila-bila masa 24/7. Walaupun perkhidmatannya sudah tersedia, Lalamove Ride pada ketika ini hanya boleh digunakan di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja.

Lalamove sudah terima lesen e-hailing untuk beroperasi di Malaysia

Langkah Lalamove untuk menyediakan perkhidmatan e-hailing sememangnya tidak pelik, memandangkan Lalamove antara syarikat yang sudah pun berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam dan Darat (APAD) untuk mengendali servis e-hailing di Malaysia. Lalamove adalah syarikat kurier yang berasal dari Hong Kong diasaskan pada tahun 2013, kemudian memasuki pasaran Malaysia pada 2018 dan terkenal dengan servis penghantaran pada hari sama atau segera.

Bolt tawar diskaun tambang 50% untuk 7 tempahan pertama

Ketibaan Lalamove Ride dilihat dilakukan sejurus selepas pengenalan Bolt, yang baru dilancarkan pada 6 November 2024. Buat masa ini, Bolt hanya menyediakan perkhidmatan e-hailing di Malaysia dan sempena pengenalannya, mereka ada menyediakan promosi, iaitu diskaun 50% kepada pengguna baru untuk 7 tempahan pertama. Promosi ini berjalan sehingga 16 November 2024.

Tags: lalamoveLalamove Ride
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Lalamove perkenal ‘Ride’, tawar perkhidmatan e-hailing sekitar Lembah klang

Lalamove perkenal ‘Ride’, tawar perkhidmatan e-hailing sekitar Lembah klang

12 November 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN