• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Expertbook P5 & P1: Siap sedia hadapi cabaran perniagaan 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:28 am
  • 15/11/2024
  • Komen
Asus Expertbook P5 & P1: Siap sedia hadapi cabaran perniagaan 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia hari ini melancarkan dua produk laptop untuk kategori perniagaan. Expertbook P5 dan Experbook P1 masing-masing diperlengkap komponen yang lebih segar untuk mendepani cabaran perniagaan tahun 2025 yang bakal menjelang. Antara yang menarik adalah Expertbook P5 adalah laptop Copilot+ PC pertama Asus untuk siri perniagaan manakala Expertbook P1 adalah barisan serba baharu untuk alternatif lebih bajet.

Expertbook P5: Copilot+ PC pertama Asus kategori perniagaan

Expertbook P5 adalah model flagship untuk siri laptop kategori perniagaan Asus. Iterasi kali ini, kita dihidangkan dengan kompunter yang dipekrasa Intel Core Ultra 258V yang terbaharu daripada Intel. Ini adalah laptop pertama kategori perniagaan Asus yang ada lencana Copilot+ PC. Jadi, jangkakan hayat bateri yang luar biasa lamanya.



Sekiranya anda perlukan sesuatu yang ada tahap mobiliti tinggi, laptop ini ada jisim cuma 1.27kg, namun masih tegap kerana melapasi piawiaan ketenteraan MIL-STD-810H. Dalam badan laptop ini terkandung sistem bateri berkapasiti 63Wh yang dicas menggunakan pengecas 65W USB-C yang disediakan.

Atas papan utama, selain Intel Core Ultra Series 2, Expoertbook P5 juga ada RAM 32GB LPDDR5X yang tidak boleh diperluas dan storan dalam bentuk 2280 NVme SSD 1TB. Komponen storan ini boleh ditukar ganti sekiranya perlu kerana ia ada 2 slot M.2 untuk anda lakukan konfigurasi RAID untuk tahap keselamatan data lebih tinggi.



Berikut adalah port I/O yang disediakan kepada pengguna:

  • USB 3.2 Gen 1 Type-A x 2
  • Thunderbold 4, USB 4 x 2
  • HDMI 1.4 x 1
  • 3.5mm audio x1

Asus Expertbook P5 dijual pada harga RM6,859. Anda boleh layari laman rasmi Expertbook P5 untuk maklumat lanjut.

Expertbook P1: Siri baru dengan cip Alder Lake sehingga i7-13700H

Asus Expertbook P1 adalah siri laptop baru yang diperkenalkan Asus sebagai alternatif lebih mampu milik. Ia masih mewarisi keteguhan Expertbook P5 seperti melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD-810H dalam masa yang sama ada jisim cuma 1.64kg.

Di bahagian muka, laptop ini ada skrin IPS 14” ataupun 15.6” bergantung kepada varian. Skrin itu beresolusi FHD 16:9 berbingkai nipis. Kecerahan puncaknya mencapai 300 nits.

Atas papan utama, laptop ini diperkasa pilihan cip sehingga Intel Core i7-13700H bersama-sama RAM sehingga 64GB DDR5 dan dwi-SSD dalam konfigurasi RAID. Kedua-dua komponen RAM dan storan boleh diperluas sekiranya perlu.

Berikut adalah port I/O yang disediakan kepada pengguna:

  • USB 3.2 Gen 1 Type-A x 2
  • USB 3.2 Gen 2 Type-C (display + power delivery) x 2
  • HDMI 1.4 x 1
  • 3.5mm audio x1
  • RJ45 x 1

Memberi tenaga kepada komponen elektronik Asus Expertbook P1 adalah bateri berkapasiti 63Wh yang dicas melalui pengecas USB-C 65W yang disediakan.

Asus Expertbook P1 dijual pada harga bermula RM3,799 untuk varian dengan cip Intel Core 15-13500H. Anda boleh layari laman rasmi Expertbook P1 untuk maklumat lanjut.

Asus di Lazada
Asus di Shopee
Asus MY eStore

Meta: Ini dia Expertbook P5 & P1. Dua laptop perniagaan baru, salah satunya adalah Copilot+ pertama Asus. Siap sedia untuk cabaran 2025.

Tags: asusAsus Expertbook P1Asus Expertbook P5asus malaysiacopilot+copilot+ pc
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Asus Expertbook P5 & P1: Siap sedia hadapi cabaran perniagaan 2025

Asus Expertbook P5 & P1: Siap sedia hadapi cabaran perniagaan 2025

15 November 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER