• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BoostMyMoney tawar ciri pelaburan 3.81%, lebih tinggi daripada TNG Go+

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:22 pm
  • 19/11/2024
  • Komen
BoostMyMoney tawar ciri pelaburan 3.81%, lebih tinggi daripada TNG Go+
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali eWallet Boost perkenalkan satu produk baharu. Namanya BoostMyMoney. Ia ada ciri-ciri pelaburan seperti yang boleh anda temukan di TNG eWallet Go+. BoostMyMoney adalah produk hasil kerjasama Boost dengan UOB Asset Management.

Antara manfaat yang ingin diketengahkan Boost pada BoostMyMoney adalah seperti:



  • Saluran untuk mula melabur serendah RM1
  • Patuh syariah
  • Potensi pulangan tinggi
  • Rendah risiko dan selamat
  • Tiada tempoh matang dan wang boleh diakses bila-bila masa.
  • Program kesetiaan lumayan

Berapa pulangan BoostMyMoney?

BoostMyMoney melaburkan wang ke dalam United Islamic Cash Management Class B. Berdasarkan tangkap layar di aplikasi Boost eWallet, kadar pulangan setakat bulan November 2024 adalah pada paras 3.81%. Sebagai perbandingan, kadar pulangan TNG Go+ setakat artikel ini ditulis adalah 3.49%.

Satu kekurangan BoostMyMoney berbanding TNG Go+ adalah tiada fungsi Quick Reload Payment. Kalau di TNG eWallet, anda boleh biarkan baki e-dompet kosong dan apabila transaksi berlaku, sistem akan keluarkan duit daripada Go+ untuk selesaikan transaksi.



Di BoostMyMoney, ciri itu tiada dan pengguna perlu keluarkan wang secara manual untuk cukupkan baki dalam e-dompet. Proses pengeluaran duit daripada BoostMyMoney adalah segera Partial Withdrawal dilakukan iaitu sehingga 95% daripada baki dalam simpanan. Sekiranya pengeluaran penuh dilakukan, prosesnya akan berlanjutan sehingga hari bekerja yang berikutnya.

Duit juga boleh dilakukan terus ke dalam akaun bank dan ia mengambil masa sehingga 4 hari bekerja. Anda boleh layari laman rasmi BoostMyMoney untuk maklumat lanjut.

BoostMyMoney Loyalty Program

Salah satu ciri unik BoostMyMoney berbanding TNG Go+ adalah program kesetiaan yang dijalankan oleh Boost. Untuk maklumat anda, tiada sebarang program kesetiaan pada TNG Go+.

Cara kerja BoostMyMoney Loyalty Program adalah dengan memberi ganjaran kepada pendeposit yang berjaya mengekalkan Monthly Average Balance (MAB) di dalam akaun sebanyak RM500.. Ganjaran yang diberikan adalah dalam bentuk bintang.

Cara kira Monthly Average Balance (MAB)

MAB dikira dengan cara mengambil purata baki terendah setiap hari dalam bulan tersebut. Contohnya, jika baki harian adalah RM1,000 dan tiada sebarang wang masuk ataupun keluar, MAB akan menjadi RM1,000.

Program kesetiaan BoostMyMoney memberikan bintang berdasarkan tempoh pendeposit berjaya kekalkan MAB sebanyak RM500.

  • Tier 1 akan terima 1 bintang untuk setiap RM jika berjaya kekalkan MAB antara bulan ke-1 hingga bulan ke-4.
  • Tier 2 akan terima 2 bintang untuk setiap RM jika berjaya kekalkan MAB antara bulan ke-5 hingga bulan ke-8.
  • Tier 3 akan terima 3 bintang untuk setiap RM jika berjaya kekalkan MAB antara bulan ke-9 hingga bulan ke-12

Sekiranya MAB RM500 gagal dicapai, tahap ganjaran akan diset semula ke Tier 1. Walau bagaimanpun bintang ganjaran tidak boleh ditebus kepada wang sebaliknya boleh digunakan untuk menebus manfaat yang ada dalam BoostUP Loyalty Program.

Promo kempen bonus BoostMyMoney

Sehingga 18 Februari 2025, buat anda yang menyertai BoostMyMoney dengan mendeposit sebanyak RM500 dan kekalkan baki sehingga hari ke-5, anda akan terima 15,000 Boost Stars sebagai ganjaran.

Anda boleh layari laman terma dan syarat BoostMyMoney Bonus Campaign untuk maklumat lanjut.

Tags: Boostboost ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
BoostMyMoney tawar ciri pelaburan 3.81%, lebih tinggi daripada TNG Go+

BoostMyMoney tawar ciri pelaburan 3.81%, lebih tinggi daripada TNG Go+

19 November 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN