• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Siri Vivo X200 di Malaysia: Mediatek 9400 dengan kamera talaan Zeiss

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:27 am
  • 20/11/2024
  • Komen
Siri Vivo X200 di Malaysia: Mediatek 9400 dengan kamera talaan Zeiss
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah mengumumkan penjualan flagship terbaharu mereka dalam pasaran kita iaitu siri Vivo X200. Ia adalah sekual kepada siri Vivo X100 yang mereka lancarkan dalam bulan November 2023 lalu.

Harga siri Vivo X200 di Malaysia

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan penjualan siri Vivo X200. Ada dua varian boleh didapati iaitu Vivo X200 and Vivo X200 Pro. Berikut adalah senarai harganya:



  • Vivo X200 Pro (12+512) – RM4,699
  • Vivo X200 (12+512) – RM3,699

Harga jualan masing-masing naik RM100 berbanding harga pelancaran siri Vivo X100 tahun lepas. Promo pembelian awal siri Vivo X200 termasuklah hadiah bernilai sehingga RM1,787 dalamnya ada:

  • backpack untuk laptop
  • Vivo 50W vertical wireless flash charger
  • 1+1 tahun jaminan tambahan
  • 1 tahun jaminan bebas skrin retak
  • 30% rebat untuk pembelian PWP vivo Watch 3

Buat yang berminat untuk dapatkannya, tempahan sudahpun dibuka sehingga 22 November 2024 ini.



Beli Vivo X200 di Lazada
Beli Vivo X200 di Shopee
Beli Vivo X200 di eStore

Spesifikasi Vivo X200 Pro

Vivo X200 Pro adalah sebuah telefon berskrin 6.78” OLED (2800 x 1260).

Atas papan utama, ia diperkasa cip MediaTek Dimensity 9400, cip paling berkausa daripada MediaTek setakat ini.

Cip itu katanya boleh menyaingi Snapdragon 8 Elite.Ia digandingkan dengan RAM 16GB dan storan 512GB.

Untuk kamera, telefon ini ada trikamera belakang. Kombinasi yang digunakan adalah bermula dengan kamera utama 50MP, kemudian kamera ultralebar 50MP, dan akhri sekali kamera telefoto 200MP. Kamera-kamera ini masih ditala oleh Zeiss seperti generasi sebelumnya.

Untuk mengambil gambar selfie, kamera 32MP diberkan pada telefon ini.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah satu sistem bateri berkapasiti 6,000mAh dengan FlashCharge 90W dan pengecasan wayarles 30W.

ni adalah kapasiti bateri paling besar dalam siri Vivo X setakat ini hasil penggunaan teknologi anod silikon yang baharu.

Berbanding Vivo X100 Pro tahun lepas, untuk model tahun ini kita boleh nampak Vivo telah tukarkan kamera telefoto daripada 50MP kepada 200MP. Kapasiti bateri walaupun lebih besar, sistem pengecasannya dilihat turun taraf daripada 100W kepada 90W. Mujurlah ia ditimbal balik dengan kehadiran pengecasan wayarles 30W.

Spesifikasi Vivo X200

Vivo X200 adalah varian yang lebih mampu milik. Bermula dengan skrin, ia ada srkin 6.67” OLED (2800 x 1260) yang lebih kecil. Tapi cip pemproses Dimensity 9400 dan RAM 16GB serta storan 512GB tetap ada untuk berikan prestasi setara varian Pro.

Untuk kamera, Vivo X200 seperti mewarisi kamera Vivo X100 Pro dulu apabila dia ada tiga buah kamera 50MP masing-masing untuk kamera utama, ultralebar, dan teleskop. Sebagai perbandingan, Vivo X100 dulu ada kamera ultralebar 64MP. Selfie pula kekal pada 32MP.

Bateri Vivo X200 juga diperbesar berbangin sebelumnya. Ia kini ada tangki bateri 5,800mAh berbanding 5,000mAh sebelum ini namun seperit biasa, sistem pengecasan turun daripada 120W kepada 90W FlashCharge.

Anda boleh layari laman rasmi siri Vivo X200 untuk maklumat lanjut.

Tags: androidtelefonvivoVivo X200Vivo X200 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Siri Vivo X200 di Malaysia: Mediatek 9400 dengan kamera talaan Zeiss

Siri Vivo X200 di Malaysia: Mediatek 9400 dengan kamera talaan Zeiss

20 November 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER