• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri ROG Phone 9 tiba di Malaysia 10 Disember 2024 ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:00 pm
  • 22/11/2024
  • Komen
ROG Phone 9 Pro Edition: Prestasi tertinggi, AniMe Vision baru & speaker subwoofer kembali
Share on FacebookShare on Twitter

Saluran Facebook rasmi ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan hari pelancaran ROG Phone 9 mereka. Berdasarkan utusan tersebut, 10 Disember 2024 dipilih sebagai tarikhnya.

Sumber

Besar kemungkinan mereka ingin menyertai gelombang beli belah 12.12 yang pastinya akan ditawarkan bersama-sama promo menarik. Harga untuk pasaran Malaysia kita masih belum ada. Walau bagaimanapun, dalam pasaran A.S, telefon ini dijual pada harga seperti berikut:



  • ROG Phone 9 (12GB+256GB) – USD1,000 (~RM4,470)
  • ROG Phone 9 Pro (16GB+512GB) – USD1,200 (~RM5,361)
  • ROG Phone 9 Pro Edition (24GB+1TB – USD1,500 (~RM6,701)

Untuk perbandingan, berikut adalah harga jualan ROG Phone 8:

  • ROG Phone 8 (12GB+256GB) – RM3,999
  • ROG Phone 8 (16GB+512GB) -RM4,799
  • ROG Phone 8 Pro Edition (24GB+1TB) – RM5,999

Spesifikasi Asus ROG Phone 9

Generasi lepas kita dapat ROG Phone yang akhirnya kalis air IP68. Generasi kali ini, mereka naik taraf speaker pula. Itu akan saya ceritakan kemudian.



Seperti biasa, telefon kali ini menggunakan SoC flagship Snapdragon 8 Elite yang katanya ada CPU 45% lebih pantas, GPU 40% lebih berkuasa dan NPU 40% lebih pintar berbanding Snapdragon 8 Gen 3. Varian tertinggi ROG Phone 9 dilengkapi RAM 24GB dan storan 1TB.

Sistem penyejuknya juga ditambah baik dengan helaian graphite 57% lebih luas dan yang paling best, AeroActive Cooler X Pro kali ini ada sistem audio 2.1 dengan subwoofer. Ya, speaer ROG Phone 9 ini luar biasa padu. Kerja menyejuk juga katanya lebih baik kerana bilah kipasnya yang diperbanyak untuk pertingkat prestasi penyejukan sebanyak 29%.

Di bahagian muka, telefon ini ada panel paparan AMOLED FHD+ 6.78”. Kadar segar semula panelnya boleh mencecah 185Hz tapi untuk permainan tertentu seahaja. Dalam kedaan biasa, kadar segar semula adalah pada 165Hz.

Di bahagian belakang, varian Pro ada AniMe Vision Mini-LED yang baharu. Ia kini ada 648 bintil LED, hampir sekali ganda lebih banyak berbanding ROG Phone 8 Pro. Lebih menarik, anda kini boleh main permainan klasik yang disediakan di dalam telefon terus di atas panel belakang telefon.

Beralih ke jabatan pengimejan, telefon ini ada kamera utama 50MP, kamera ultralebar 13MP, dan kamera telefoto 32MP. Kamera selfie pula dalah 32MP. Untuk varian ROG Phone 9 bukan Pro, ia tiada kamera telefoto sebaliknya digantikan dengan kamera makro 5MP.

Sistem bateri 5,800mAh menguasakan telefon ini dengan pengecas 65W disediakan di dalam kotak. Ia juga ada ciri bypass charging untuk jaga kesihatan bateri sewaktu dimainkan dengan kabel USB terpasang.

Asus menjanjikan 2 kemas kini Android dan tampalan eselamatan selama 5 tahun untuk ROH Phone 9.

Tags: androidasusASUS ROG PhoneASUS ROG Phone 9mobileROG Phone 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
ROG Phone 9 Pro Edition: Prestasi tertinggi, AniMe Vision baru & speaker subwoofer kembali

Siri ROG Phone 9 tiba di Malaysia 10 Disember 2024 ini

22 November 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN