• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Dongfeng Box di Malaysia, EV kompak berharga serendah RM100,700

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:10 am
  • 25/11/2024
  • Komen
Dongfeng Box di Malaysia, EV kompak berharga serendah RM100,700
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah lagi EV sertai areta kereta elektrik Malaysia. Kali ini, modelnya ialah Dongfeng Box yang dibawa masuk oleh Central Auto Distributors Berhad (CADB). Ini adalah EV pengguna kedua jenama itu selepas EV komersial dalam bentuk van elektrik EC35 dilancarkan dalam tahun 2022.

Harga Dongfeng Box di Malaysia

EV Dongfeng Box ditawarkan di Malaysia dalam dua vairan. Berikut adalah harganya (tidak termasuk insurans):



  • Dongfeng Box E2: RM100,700
  • Dongfeng Box E3: RM113,700

Pilihan warna yang ditawarkan adalah Ungu, Hijau, Putih, dan Biru. Box E3 juga tampil dengan 2 tona warna iaitu bumbung putih dan harga untuk versi 2 tona warna ialah RM115,700.

Dongfeng Box dilindungi jaminan:



  • 5 tahun / 150,000km ke atas badan kereta
  • 8 tahun / 150,000km ke atas kelengkapan bateri voltan tinggi
241125-dongfeng box malaysia 04.jpg

Pembeli awal Dongfeng Bokx akan terima pemberian seperti:

  • pengecas granny dan aksesori kotak penympan dalam kabin
  • pilihan sama ada:
    • kredit pengecas RM3,000 (sah 1 tahun) atau,
    • home charger (RM3,288) , atau
    • pakej selenggara (RM3,000).

Spesifiki Dongfeng Box

Perbezaan besar Donfeng Box E2 dengan E3 ialah kapasiti bateri dan ia diterjemah kepada perbezaan jarak gerak. Box E2 ada bateri 31.45kWh dengan jarak gerak 330km dalam piawaian CLTC (230km untuk WLTP). Varian yang lebih mahak, Box E3 ada bateri 42.3kWh dengan jarak gerak 430km CTLC ataupun 310km WLTP.

Kedua-dua model digerakkan motor elektirk yang sama. Motor itu keluarkan 70kW (94hp) dengan tork sehingga 160Nm. Kuasa tersebut lebih kurang kuasa yang dikeluarkan kereta 1.0L seperti Perodua Bezza dan yang seangkatan dengannya. Kelajuannya tihadkan secara elektronik pada 140km/j. Angka pecutan ke 100km/j tidak pula didedahkan.

Apabila perlu dicas, Box E3 boleh terima arus DC sehingga 88kW dan AC sehingga 6.6kW. Box E2 sebagai model lebih murah sekadar terima arus DC 77kW dan AC 3.3kW. Kedua-dua model diiklankan ada kelajuan mengecas daripada 30% ke 80% dalam masa 30 minit.

Kelengkapan keselamatan Box E3 dan E2 adalah berbeza dengan kelebihan pada Box E3. Varian yang lebih mahal ada ADAS tahap 2 seperti Adaptive Cruise Control. Box E2 tiada fungsi tersebut, cuma sekadar Autocruise biasa.

Anda boleh layari laman rasmi Dongfeng Box untuk maklumat lanjut.

Tags: automotifdongfengdongfeng boxEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Dongfeng Box di Malaysia, EV kompak berharga serendah RM100,700

Dongfeng Box di Malaysia, EV kompak berharga serendah RM100,700

25 November 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN